Pages

Thursday, December 29, 2011

Buku Kanak-Kanak

Membaca artikel dalam Berita Harian hari ini (29 Dis 2011), mata tertarik pada tajuk 'Diskriminasi gender buku kanak-kanak' oleh Hafizah Iszahanid yang menemubual Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Prof Madya Dr Bustam Kamri. Ulasan beliau menjadi fokus penulisan kali ini.

  1. Isu gender dalam buku kanak-kanak dalam skop dunia Barat tidak sama dengan skop Malaysia (tidak relevan). Tidak timbul konsep 'wira' atau gender dalam buku awal kanak-kanak kerana pembaca pada usia itu tidak tahu konsep wira. Mereka hanya tahu apa yang ada di persekitaran masing-masing.
  2. Buku awal kanak-kanak adalah bersifat fakta, misalnya mengenal tubuh badan, ABC atau 123.
  3. Ketaksamaan gender wujud dalam skop Bahasa Inggeris yang sangat kecil, yang hanya terhad kepada kata ganti nama diri ketiga "he, she, they dan we".
  4. Dalam Bahasa Melayu ada kata ganti diri "dia" yang tidak menunjukkan gender.
  5. Rata-rata kisah di Barat adalah mengenai pencarian seorang wanita mencari cinta sejati lelaki yang kacak dan putera raja.
  6. Di Malaysia, ada watak perempuan yang jauh lebih hebat - Bawang Putih Bawang Merah, Puteri Gunung Ledang, Puteri Santubong, Puteri Saadong dll. dengan mesej yang jauh lebih baik daripada kisah Barat.
  7. Dua jenis buku kanak-kanak - Buku berillustrasi dan buku bergambar.
  8. Ibu bapa perlu memilih buku yang seimbang dengan illustrasi/gambar, bukan teks semata untuk kanak-kanak.
  9. Buku kanak-kanak sejak lahir hingga 4 tahun : buku konsep 'maujud' - fakta dan peristiwa sekeliling - buku illustrasi.
  10. Kanak-kanak 5 - 6 tahun : Buku bergambar untuk mengekalkan minat kanak-kanak pada buku.


p.s. - Saya sendiri mengaku kurang memberi tumpuan kepada perkara ini dalam memilih buku  untuk anak-anak, dan berdasarkan bacaan di atas, ada kesilapan dalam memilih buku yang betul untuk anak-anak. Moga penulisan ini dapat membantu saya dan anda dalam mendidik anak-anak dengan memilih buku yang betul.

- Jom, kedai buku...

Monday, December 26, 2011

First Shot

First time 'birding'. Ever heard of 'birding'? Not translated to 'memburung' but 'memburu burung' sounds better, and again, only used in bird photography. Never heard of birding using 'lastik' or 'senapang'.. at least until today.



Menggunakan lensa 300mm dan kamera DSLR basic, kiranya sudah boleh belajar untuk 'birding'. Next step in birding maybe next year, or so on. Tengok bajet dulu lah. Hasilnya inilah, seekor burung tidak jauh dari pantai. Jaraknya dengan saya lebih kurang 10 - 15 meter. Di puncak tertinggi pohon, dengan angin yang agak kencang, terpaksa guna speed dan ISO yang tinggi. Tidak pula mencuba lebih 800, macam mana kesannya ya?

Cuma bila gambar sudah ada, macam mana nak mengetahui nama dan spesis burung ini eh? Setakat menggali di beberapa blog dan google'ing', masih belum berjumpa. Boleh bantu?

Tuesday, December 20, 2011

Tempat kerjaku

Hmm... Boleh tahanlah...

























- Posted using BlogPress

Dahulunya.....

Suatu ketika dahulu....







- Posted using BlogPress

SBPA

Salam.

Minggu perbincangan SBPA. Taklimat di sana sini, termasuk di dalam pejabat, kantin dan pantri, malah sambil bekerja pun. Tidak termasuk dalam blog (macam ini.. huhu) dan akhbar.

Faedah tambahan yang lain mungkin menarik, dengan di selang seli ungkapan faedah terbaik untuk orang baru bekerja. Jadi terfikir pula dengan orang bawahan N1, N4, yang sudah lama bekerja, bekerja seawal usia, hingga menjelang 40an, gajinya sudah "rapat ke dinding", tiada pergerakan gaji lagi hingga pencen.

Berbual dan meneliti jadual gaji mereka ini, mereka akan mendapat faedah (bab gaji sahaja) kenaikan begini, SSB, SSM, memberikan kenaikan tahunan dalam RM30++ begitulah, SBPA memberikan kenaikan RM80 setahun. Bagi yang "rapat ke dinding", SBPA 'menjarakkan mereka dengan dinding' itu untuk beberapa tahun lagi, dengan memperolehi pergerakan gaji tahunan semula untuk 'beberapa tahun' akan datang.

Mungkin kadar peratusan kenaikan tahunan pegawai atasan dan utama yang menjadi perhatian, namun melihat situasi 'kecil' ini, kelihatan sedikit terbela. Hakikatnya, pegawai atas memang sentiasa bertuah, yang mendorong ibu bapa memastikan anak-anak masuk U walau dengan apa cara, dan berapa banyak tenaga dan usaha......

الله ربّي، يسّر ولا تعسّر


- Posted using BlogPress

Wednesday, December 14, 2011

Image Processing

Salam.

Tajuk bahasa Inggeris. Tidak mengapa. Sekali sekala. Sebab kalau menggunakan bahasa Melayu pun, akan jadi prosesan imej atau gambar. Menggunakan istilah lain, mengolah gambar.

Kelmarin, orang Terengganu menggunakan istilah kelmarin (kemareng) bagi semalam, dan kelmarin dahulu (kemareng dulu) untuk kelmarin, saya telah muatkan gambar Bulan;
Lens 300mm
Selepas olahan crop, jadi begini;
Selepas 'crop'
Kemudian, untuk olahan gambar, saya menggunakan Registax 6, yang boleh dimuat turun secara percuma dari internet. Olahan dilakukan pada wavelet untuk menghasilkan imej di bawah;
Selepas olahan 'wavelet' menggunakan Registax 6
Jika mengenakan olahan wavelet yang agak tinggi, hasilnya kan jadi begini,


Ketara bezanya kan? Untuk imej objek angkasa yang bagus, olahan gambar memang sesuatu yang diperlukan, dan Registax menjanjikan hasil yang menarik, terserah kepada penggunanya, anda.

WalLahu a'alaam.

Tuesday, December 13, 2011

Sekeliling -2

Salam.

Semasa asyik berada di dalam pejabat, tiba-tiba kedengaran bunyi bising pintu hadapan, bagaikan dilanggar sesuatu. Segera keluar untuk melihat, dan ketemu;

rupanya sang monyet yang mungkin cuba bergaduh dengan bayangnya sendiri (pintu depan jenis cermin gelap). Yang masih tinggal seekor ini yang sempat dirakam. Mungkin penjaga kepada yang lain, yang telah turun ke bawah. Kekal di situ beberapa minit, sambil 'menegur' saya. Tidak berani mendekati, mengelak konfrontasi. hehe.

Setelah si monyet berlalu, saya mengambil peluang melihat-lihat sekitar laluan mereka, dan saya temui ini pula;








Klik pada gambar untuk size lebih besar.

Pagi tadi, sempat juga 'tangkap' Bulan yang indah...


Allahu robbi..

Monday, December 12, 2011

Sekeliling kita

Salam.

Bukan selalu kita melihat sesuatu yang menarik, dan dapat merakamkannya untuk tatapan kemudian. Bermula di dalam rumah, melihat labah-labah kecil membina sarangnya.

Melihat ke luar rumah, terpandang pokok ini. Tunas baharu yang telah menjadi dahan, berakar...
Kenapa agaknya ya? Luaskan pandangan, barulah nampak....
Rupa-rupanya, kulit batangnya telah dibuang, untuk mematikan pokok ini. Hendak ditebang, susah, kerana takut menimpa rumah sebelah, atau rumah kita, lalu ini adalah antara cara yang dibuat orang. Tukang 'tutuh' dahan pun 'dah takde'. Dahannya akan kering dan gugur sedikit-sedikit. Tapi yang ini berakar pula. Tidak sabar menunggu kesudahannya...
Paling menarik antara semua ini, keluar ke Pulau Kambing (pekan di tepi Sungai Terengganu) ternampak 'objek' ini. Terbayang filem 'War Of The World'.. hahaha.. Bab ini 'tak sekolah'.. jadi saya tidak tahu apa 'makhluk' ini. Siapa tahu? Melalui Jambatan Sultan Mahmud dari Kuala Terengganu, anda akan nampak 'makhluk' ini di sebelah kanan.
Berehat seketika semasa mencerap gerhana Bulan di Masjid UniSZA, ternampak 'makhluk' bernama musang ini, sedang 'bermain-main'
Dan ketika melihat itu, apa di fikiran kucing ini?




 Akhir sekali, kisah lalat dan belalang yang tidak diketahui. Maklumlah.. tak mampu nak mengekori 'mereka' ini...





Sunday, December 11, 2011

Masih Berpeluang

Alhamdulillah, dalam amaran semasa hujan lebat, cuaca berawan dan angin agak kencang,  hingga teleskop digunakan dalam keadaan berjaga-jaga, hanya bergantung kepada DSLR untuk merakam terus kemunculan bulan ketika fasa gerhana yang berlaku di celah kelompok awan tebal. Berikut antara imej yang bukan terbaik, tetapi untuk menunjukkan bagaimana Allah masih memberi peluang menyaksikannya.. Allahu Akbar.



Tuesday, December 6, 2011

Monday, December 5, 2011

Gerhana

Salam.

Beberapa hari mendatang, semakin hampir kita dengan fenomena menarik bulan Muharram ini, menjelang 15 Muharram, ketibaannya bersama dengan berlakunya gerhana bulan penuh kali kedua untuk tahun ini. Musim tengkujuh di Pantai Timur mungkin tidak menjanjikan cuaca yang memberangsangkan, namun semuanya terserah kepada Yang Maha Kuasa.

Selepas solat Isyak, kira-kira jam 8.40 malam, jika Bulan kelihatan ketika itu, mata kita sudah mula perasan perbezaan sifat Bulan malam purnama, yang kelihatan pudar, dan sedikit demi sedikit bayang Bumi mula menutup permukaannya perlahan-lahan, amat perlahan.

Bagi jurufoto, inilah peluang mereka untuk mendapatkan imej terbaik dan menarik, kerana lain gerhana, lain rupanya, lain suasananya. Siapa tahu?

Bagi orang awam, inilah masanya untuk menyaksikan suatu yang jarang-jarang berlaku.

Bagi semua, inilah masanya untuk melakukan solat gerhana bulan, yang jarang sekali peluang melaksanakanya terbuka. Tahun 1432 sekali, dan 1433 sekali lagi untuk 2011.

Bagi peminat falak, apa peluangnya?

1) Menguji ketepatan waktu. Waktu piawai diukur berdasarkan posisi objek samawi. Bayang Bumi terhasil daripada posisi Matahari. Tempoh gerhana berlaku adalah kesan saiz bayang Bumi, yang juga relatif kepada jarak Bumi-Matahari. Lebih dekat, lebih besar bayangnya, lebih lama gerhana berlaku. Jarak Bulan-Bumi juga mempengaruhi tempoh ini.

2) Menguji data efemeris. Hitungan posisi Bulan dan Matahari, jarak objek samawi dan sebagainya akan terbukti kejituannya apabila berlakunya gerhana.Tahap kejituan hitungan terbukti, menjadi faktor tahap kejituan hitungan lain seperti waktu solat, anak bulan dan sebagainya.

3) Sebarang hasil daripada pemerhatian 1 dan 2 di atas, menentukan justifikasi kejituan hitungan falak itu berada pada tahap "mustahil pada adat hitungan itu silap".

4) Sebarang aspek lain yang tidak tercatat di sini, yang mungkin juga suatu aspek baharu. Siapa tahu?

Selamat mencerap!