Pages

Thursday, March 29, 2012

Bulan Sabit 28 Mac 2012

Imej Bulan Sabit sekitar usia 6 hari adalah antara waktu menarik untuk rakaman foto fasa Bulan.



- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, March 24, 2012

Selepas Maghrib 24 Mac 2012

Sempat menjengah sekejap, jom belajar mengenali sedikit objek langit minggu ini....

Earthshine - kesan cahaya dari Bumi terhadap Bulan.

Dan cara mudah menentukan Arah Kiblat...


Jom tengok...!

Wednesday, March 21, 2012

Burung Pucong

Salam.

Semalam, semasa dalam perjalanan pulang ke kampus, singgah sekejap di tepi jalan dan sempat 'menangkap' seekor burung ini, Burung Pucong. Melalui 'googling', rupanya Burung Pucong banyak spesis juga. Ini Burung Pucong Cina (Chinese Pond Heron). Hendak tengok spesis lain? Google spesis 'Heron'. Akan jumpa.


Cantik bulunya..  :-)

Wednesday, March 14, 2012

Dunia Ketam

Apakah kehidupan mereka hanya di sini? Atau mereka juga adalah perantau dan peneroka?




- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Merang, Setiu

Sunday, March 11, 2012

Jalan Tasik Kenyir ke Gua Musang

Melalui jalan ini pada 10 Mac 2012, 'cendawan gergasi' ini menyambut ketibaan di Hulu Terengganu...


Sunday, March 4, 2012

Langkah

Salam.
Hari ini suka saya membicarakan tentang Hilal, atau Anak Bulan. Dan fokus saya adalah tentang tetapan "fokus" teropong jauh (teleskop dll.) pada Hilal. Ringkas cerita, berikut adalah langkah-langkah patut dalam melakukan cerapan Hilal;
1. Melakukan penjajaran Utara peralatan seperti teodolit dan teleskop.
2. Semasa tetapan tanda rujuk, teodolit biasanya difokus pada objek yang menjadi tanda rujuk, yang biasanya pada jarak 30-100 meter.
3. Teleskop pula biasanya difokus kepada Matahari atau planet, semasa penjajaran. Manakala penjajaran teleskop menggunakan objek rujukan bukan objek langit adalah termasuk kategori (2) di atas.
4. Sebelum memulakan penjejakan Hilal, langkah patut dilakukan adalah melaraskan fokus teleskop atau teodolit pada "infiniti" terbaik, dengan melakukan tetapan fokus pada objek langit (Matahari – menggunakan penebat, planet, bintang, awan jauh di kaki langit, dll) jika ada, atau fokus pada objek bumi yang jauh di ufuk (horizon).
5. Seterusnya barulah penjejakan Hilal boleh dilakukan. Gegelang fokus masih boleh diusik sedikit semasa penjejakan, namun jika gusar berlaku pergerakan yang besar, langkah (4) hendaklah diulangi.




- Posted using BlogPress from my iPad

Corak

Sesekali melihat sekitar rumah, alangkah cantiknya corak di abdomen labah-labah ini.. Betapa seni coraknya, betapa demikian ciptaanNya, yang hanya boleh dilihat dengan baik apabila kita "mendekatinya"....


- Posted using BlogPress from my iPad