Pages

Sunday, June 24, 2012

Buku katalog

Salam.

Tajuk kali ini keluar topik. Apa pun, atas nama perkongsian maklumat dan kempen 'kitar semula', rasanya tidak jauh sangat kut. Hehe.

Rumah saya biasa menerima hantaran katalog yang sesetengahnya agak tebal mukasuratnya, bermaksud, banyaklah helaiannya. Dan buku-buku ini tersusun pada rak dengan bilangan yang agak banyak jika dikira tempoh setahun. Rasanya ia hanya dibaca sekali, dan sekali sekala untuk perbandingan harga. Selebihnya menjadi pelapik rak buku atau pinggan.


Ada satu cara lagi untuk kitar semula buku ini, cara keluarga kakak saya sebenarnya. Memandangkan mereka selalu menerima katalog yang sesetengahnya dengan kualiti kertas yang cukup baik. Namun akhirnya tidak digunakan juga. Apa caranya? Mudah. Bentukkan setiap helaian menjadi kotak kertas, yang boleh digunakan untuk mengisi tulang-tulang ikan dan sebagainya sebagai ganti piring. Gumpal kemudian buang dalam tong. Jimat penggunaan piring. Itu sahaja. Itu sahaja? Tidak. Terpulang kepada anda, jika kualiti kertasnya baik, nak buat apa? Lagipun, membuat kotak ini bersama-sama anak-anak, seronok juga.

Di bawah, saya tunjukkan cara membuat kotak kertas tersebut. Ada panduan yg lebih baik di internet. Saya hanya mencuba buat panduan sendiri. Agak-agak boleh pembaca faham atau tidak? Maaflah jika tidak menjadi. Tanya pakcik Google la ya? Langkah mula, koyakkan satu muka.



1) Kemudian lipat membahagi dua, begini,



2) Lipat lagi, membahagi dua (empat sebenarnya),



3) buka semula, macam langkah (1), lipat serong, merujuk kesan lipatan tengah langkah (2),



4) lipat yang sebelah lagi,



5) buka kedua-dua lipatan, kembali ke langkah (1), menggunakan kesan lipatan kelihatan, lipat ke dalam seperti di bawah,









6) lipat sebelah satu lagi,









7) bentuknya seperti rumah. Kemudian lipat sisi berikut,



Dan sebelah lagi,



Dan bahagian belakang,



8) lipat bahagian bawah, berikut,


Dan sebelah satu lagi, menjadi,


9) selesai. Untuk menggunakannya, buka dari bawah,






10) sudah boleh digunakan. Untuk menyimpan jumlah yang banyak (habis satu buku katalog), susun sahaja begini,



Boleh jadi hiasan di atas meja makan. Ok?

Itu sahaja. Jika berguna. Terima kasih. Hingga berjumpa di lain siaran... Hehehehe

Tuesday, June 19, 2012

Teleskop untuk mencerap Hilal

Salam.

(Bacaan berikut adalah untuk rakan yang telah mempelajari asas Falak dan teleskop penjejak. Harap maklum)

Semenjak 'dua menjak' ini banyak model teleskop penjejak otomatik memasuki pasaran, namun tetap daripada pengeluar yang sama juga. Kelainan model dan keupayaan. Bagaimanapun, untuk mencerap Hilal, kebanyakan model baharu ini masih mengekalkan 'setting' yang sama, atau sedikit 'upgrade'. Langkah penjajaran berikut adalah selepas kakitiga (tripod) telah didirisiap dengan betul dan aras. Finderskop juga perlu dijajarkan sebelum langkah berikut ini.

1. Untuk mencerap Hilal, pencerap mesti sedar bahawa cerapan dilakukan ketika hari masih terang. Menjelang Maghrib, teleskop sudah bersiap sedia. Bermakna, 'setup' teleskop dilakukan ketika langit hanya mempunyai sebutir bintang, iaitu Matahari. Jika bernasib baik, mungkin sebutir bintang cerah yang lain turut menunjukkan diri, biasanya bintang Sirius. Itupun sekitar setengah jam sebelum Maghrib. Pilihan 'setup' yang ada adalah '1 star alignment', jika ada. Jika hanya ada Matahari, model yang membenarkan 'solar system alignment' memudahkan 'alignment' atau penjajaran dilakukan, dengan memilih planet cerah seperti Venus atau Mercury, atau Jupiter, jika ada. Jika pilihan 'Sun' sebagai objek jajaran (alignment) dibenarkan, lagi mudah proses jajaran itu. Jangan lupa penapis solar, bahaya tu. Jika tiada penapis, bagaimana? Pilihan yang ada adalah menggunakan kaedah 'projection' Matahari pada kertas. Seperti gambar di bawah.




Letakkan kertas pada jarak sesuai, dan fokuskan. Cara selamat melihat Matahari.

2. Kebanyakan model tidak menyenaraikan Matahari sebagai objek cerapan disebabkan polisi untuk tidak membahayakan pengguna. Ini menyukarkan sedikit proses alignment teleskop. Anda perlu menggunakan apa-apa perisian Astronomi yang boleh menerbitkan data efemeris Matahari (dan Bulan). Data diperlukan adalah RA dan Dec. Juga data Altitud dan Azimut. Keluarkan data untuk masa proses alignment dilakukan, contohnya antara jam 6 hingga 7 petang. Contoh menu: Skrol menu arahan, pilih User Object. Kemudian pilih tambah (Add) atau Insert. Menurut model teleskoplah. Masukkan data RA dan Dec Matahari contohnya, untuk masa beberapa ketika (minit) ke depan. Bukan masa sekarang (now) atau yg lepas. Apabila tiba minit tersebut, tekan Enter atau View object tadi, supaya teleskop bergerak ke arah sudut data Matahari yang dimasukkan. Teleskop mungkin tidak menghadap ke arah Matahari dengan betul, tetapi bacaan sudut adalah sama dan betul. Buka kunci gerak paksi sangga (mount) teleskop, halakan teleskop ke arah Matahari dengan betul, dan kuncikan semula. Sekarang, hala teleskop dan bacaan data telah sejajar. Semak dengan menjejak beberapa objek lain yang mungkin kelihatan, atau objek di Bumi yang jauh di ufuk, yang anda tahu arah Alt dan Azimutnya. Jika penjajaran telah sempurna, barulah cerapan Hilal boleh dimulakan. Jika teleskop tidak membenarkan cerapan Hilal (Moon) yang hampir dengan Matahari, anda boleh gunakan data efemeris Bulan dan menggunakan 'User Object' sebagai kaedah 'override' kekangan tersebut.




- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, June 13, 2012

VLOOKUP & HLOOKUP

Salam.

Lama tidak melayan programming. Hari ini jom bincang pasal excel programming lagi. Ada seorang bertanya saya tentang vlookup, dan ia termasuk juga hlookup. Untuk programming yang saya lakukan, vlookup banyak memudahkan hitungan melibatkan aspek jadual seperti dalam falak, jadual bulan dan nama bulan sebagai contoh. Vlookup atau hlookup berfungsi untuk membuat carian data sepadan, seperti contoh di bawah.




Hlookup digunakan untuk jadual melintang (horizontal) manakala vlookup untuk jadual menegak (vertical). Dalam contoh di atas, input adalah BULAN. Ditaip dalam angka. Vlookup akan mencari padanan bagi angka bulan yang ditaip masuk, dalam jadual berdasarkan medan A1 ke B12. Vlookup diarah memilih lajur (column) 2, untuk memaparkan padanan bagi angka bulan yang dicari. Contoh di atas adalah Bulan 3. Carian vlookup pada padanan 3 adalah Mac. Perkataan "Mac" dari jadual dipaparkan di medan C15.

Maksud arahan =vlookup(B14,A1:B12,2,FALSE)

Cari nilai sepadan B14 dalam medan A1 hingga B12, pilih nilai sepadan dari lajur ke-2, dan pilih hanya nilai itu sahaja (false). Jika (true) vlookup akan cari nilai terhampir jika tiada padanan.

Mudahkan?

Nanti sambung lagi. Wassalam.

- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, June 6, 2012

Transit Planet Zuhrah

Tidak perlu saya panjangkan tentang fenomena ini. Sudah sekian banyak dijelaskan terutamanya di www.falak-online.net

Alhamdulillah cuaca agak memberansangkan walaupun awan tebal menutup matahari sekali sekala. Cukup untuk memberikan rehat kepada kru yang setia menjawab soalan pengunjung di parkir lapang latihan memanah UniSZA. Klik gambar untuk saiz lebih besar.




Kami juga berbesar hati menerima kunjungan kru Unit Falak Jabatan Mufti Perak yang turut serta memasang 'meriam' mereka. Terima kasih Ustaz.




Peluang merakam imej transit bermula seawal jam 7.22 pagi, apabila awan mula berarak pergi melepasi Matahari.




Planet Zuhrah masih boleh dilihat terus (direct) menggunakan penapis khas, tetapi amat halus untuk mata yang baik. Menggunakan lensa 300mm, inilah hasilnya. Ada, agak kecil.

Cara selamat melihat Matahari tanpa menggunakan penapis, atau ketiadaan penapis yang baik. Kaedah 'projection'.




Imej terbaik yang mampu adalah menggunakan teleskop, dan di bawah cantuman 2 imej untuk menunjukkan keseluruhan permukaan Matahari dan kedudukan planet Zuhrah.




سبحان الله ، والحمد لله ، الله أكبر

- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, June 2, 2012

Rasa Selamat

Burung bersarang di lokasi yang dianggap selamat. Lebih-lebih lagi untuk meninggalkan telurnya. Berkali-kali melintas dan melihat burung tersebut tiba-tiba terbang, menarik saya mendekatinya, dan mendapati ada sarang burung dengan dua biji telur.




Senyum sendiri, dan geli hati. Malu sebenarnya. Tidak tahu apa spesis burung yang telurnya berwarna begini. Terus mengintai dan menanti ia kembali, membuahkan hasil, kerana memang ia segera kembali apabila manusia pergi.




Burung merbah (orang Terengganu sebut 'ngebok') rupanya. Bila kita menghampiri, ia segera terbang pergi. Tidak jauh. Ke pohon berdekatan sahaja. Memerhati dan menunggu kita meminggir.




Harapnya kekal hingga menetas dan terbang, untuk kurakamkan sebagai kenangan di tepi pagar rumah. :-)

Allahuakbar.

- Posted using BlogPress from my iPad