Pages

Alat

Sebenarnya, saya masih berada di kategori 'amateur astronomer beginner group'. Peralatan peribadi yang agak 'ke hadapan' hanya bermula awal tahun 2011, dengan memiliki sebuah teleskop penjejak (GOTO telescope) jenama Celestron, model Nexstar 90SLT (90mm) dengan F=1250mm, f/13.9.  Saya dapatkan ini pada harga RM2500.


Biar saya jelaskan spesifikasi teleskop di atas. 90mm merujuk saiz objektif utama (cermin utama), F merujuk 'focal length', dan f pula 'focal ratio'. Nilai tertera adalah saling berkaitan ketiga-tiga elemen tersebut.

Apa itu focal ratio?
This is the ‘speed’ of a telescope’s optics, found by dividing the focal length by the aperture. The smaller the f/number, the lower the magnification, the wider the field, and the brighter the image with any given eyepiece or camera. Fast f/4 to f/5 focal ratios are generally best for lower power wide field observing and deep space photography. Slow f/11 to f/15 focal ratios are usually better suited to higher power lunar, planetary, and binary star observing and high power photography. Medium f/6 to f/10 focal ratios work well with either.An f/5 system can photograph a nebula or other faint extended deep space object in one-fourth the time of an f/10 system, but the image will be only one-half as large. Point sources, such as stars, are recorded based on the aperture, however, rather than the focal ratio – so that the larger the aperture, the fainter the star you can see or photograph, no matter what the focal ratio.

Langkah seterusnya, akhir 2011, saya mendapatkan sebuah 'basic' DSLR Canon 1100D untuk memulakan aktiviti rakaman sebagai 'beginner' dalam astrofotografi.

Di sebalik menggunakan T-adapter untuk melekapkan kamera ke teleskop untuk teknik rakaman 'prime focus', saya mendapatkan 'macro extension tube' dan T-ring untuk membolehkan saya menggunakan dua cara rakaman, sama ada (1) prime focus, atau (2) metod Afocal. 'Macro extension tube' membolehkan dua jenis kaedah ini digunakan.



Tiub teleskop dan sangga lengan tunggal (single fork arm) yang bercantum menggunakan 'dovetail mounting bar', juga membolehkan saya menggantikan tiub teleskop dengan tapak untuk melekapkan kamera, membolehkan saya melakukan rakaman ala 'piggy back', untuk membolehkan rakaman 'auto tracking' - salah satu sebab kenapa saya memilih model ini.

Secara asasnya saya sudah memiliki kelengkapan yang cukup, cuma masa dan keadaan yang menentukan hasilnya nanti, selain semangat dan azam. Doakan saya. Amin.

2 comments:

mymoon said...

Assalamualaikum

Bermulanya disini.Tahniah.

Camera dah ada, telescope dah ada, mount dah ada. Cuma jenis Alt Az hanya boleh diguna untuk ambil bulan dan planet saje dan juga short exposures for deep space. Kalau berduit beli kanta 50mm f/1.8. Sungguh value for money.

Saya guna Alt Az mount untuk astrophotography. Nanti satu hari kita berjumpa dan bertukar ilmu.

email saya bulansaya@gmail.com

Peminat ustaz!

ATR said...

Wsalam.

terima kasih. Harap bertemu lagi untuk sesi yang lebih memberi kesempatan menuntut ilmu..

Masih hijau!

ATR