Bila pergi jalan-jalan, cuba-cubalah perhatikan sepanjang jalan, kiri dan kanan, pasti ada papan tanda pengenalan, premis perniagaan, pejabat kerajaan mahupun pusat khidmat awam, ada tulisan jawi walau hanya sebahagian, sekurang-kurangnya masih ada yang sayang, tulisan jawi masih diketengahkan, selalunya di baris permulaan, di atas sekali diletakkan.
Tapi sayang seribu kali sayang, dulu jawi begitu indah ditayang, tulisan cantik mata memandang, kini seninya sudah mula hilang, guna komputer tulisan sebarang, asal jadi tetap dipampang.