Thursday, February 9, 2012

ISS

Salam.

Petang semalam, terbaca mesej daripada founder Falak Online tentang ISS yang bakal melintasi langit Malaysia pada jam 7.37 malam. Tidak sempat untuk memaklumkan rakan yang lain, saya hanya sempat menyaksikannya dengan keluarga di hadapan rumah. Apabila ISS muncul di sebalik pokok (ufuk),dalam masa kurang dua minit sahaja, ia sudah berada di atas kepala. Alhamdulillah, sempat juga saya rakamkan untuk tatapan anda yang tidak sempat atau perasan kemunculannya. Petang esok (10 hb), jam 7.20 petang kurang lebih, ia akan muncul kembali, namun ketika itu langit lebih cerah berbanding semalam. Cubalah, kut berjaya jua.




Imej di atas adalab hasil stacking 26 keping gambar.


- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, February 8, 2012

Bulan

Salam.

Merakam imej Bulan menggunakan DSLR rupanya tidak begitu mudah. Akhirnya kita tetap perlu memproses imej tersebut menggunakan perisian pemprosesan foto. Berikut imej Bulan, dirakam ketika fasa selepas suku muda, dan imej Bulan ketika mengambang penuh. Imej ketika mengambang penuh, sukar untuk kelihatan struktur permukaannya berbanding ketika fasa sekitar suku muda atau suku tua. Justeru, untuk merakam imej Bulan dengan struktur yang jelas seluruh cakeranya, jurufoto perlu merakamnya hampir setiap hari ketika fasa berbeza.




Jom outing! Sapa nak ikut? :-)

Dahulunya.... 2

Salam.

Hari ini singgah di warung nasi lemak, sambil mendengar celoteh pelanggan lain. Di satu meja, empat warga emas sedang berbual tentang seorang rakan mereka yang lain, sesekali bercerita tentang kisah mereka dulu-dulu.. semasa muda...

1. Dia tu kalu tengok burung terbang, duk atas dahang, nye kelih dok kkelip. Kalu ulor mari kuk belakang patuk dok ssedor... haha 
(Dia tu kalau tengok burung terbang, duduk atas dahan, dia tengok sampai tidak berkelip mata. Kalau ular datang dari belakang patuk pun tidak disedarinya)

2. Dulu nok ada dua rial dalam poket susoh... nok bbuleh ke dua rial sakit...
(Dulu untuk ada dua ringgit dalam poket susah.. nak dapat dua ringgit memang sakit...)

3. Ari tu turun ke laut gagoh agi.. dakpelah kije teruk pung.. pahtu buleh dok setara mana pung.. doh benda muroh...
(Dulu turun ke laut masih gagah lagi.. tidak mengapalah kerja teruk pun.. dan dapat (ikan atau upah) tidak banyak mana pun... barang murah (masa itu) .. )

Mendengar dialog mereka, buat saya terfikir juga, betapa pandangan mata kita terhadap mereka (atau orang tua kita) ketika ini, apakah pandangan kita ini penuh hormat, sinis, atau tiada apa-apa... Sedangkan mereka sebenarnya sedang berehat setelah "keletihan mengharung ranjau" di awal usia.... Mungkin mereka jugalah yang sebenarnya "membersih ranjau sepanjang jalan" yang sedang kita lalui hari ini....


Allah...

Thursday, February 2, 2012

Tetamu

Sebenarnya sudah beberapa tahun tetamu ini bertandang ke rumah. Cuma kali ini, tetamu ini agak agresif, tidak mempedulikan tuan rumah, tidak takut langsung gayanya, malah tanpa ragu "bergaduh" sesama sendiri, mujurlah bukan di dalam rumah, bukan di halaman, tetapi di atas atap!!

Ini dia,














Spesis ini (lotong) jarang kelihatan kecuali di hutan, atau di zoo, tidak ku sangka, atas atap rumah!... Haiyya...jangan pecah atap sudah ler....


- Posted using BlogPress from my iPad