Ruang ini akan menyediakan tips fotografi, yang saya fikirkan sesuai atau unik untuk dikongsi dari semasa ke semasa. Untuk tips yang biasa, saya fikir tidak perlu dititip di sini, kerana telah sekian banyak boleh dicari dengan mudah menerusi google'ing' dan sebagainya.
Satu;
Merakam menggunakan lensa atau teleskop dengan nisbah fokal (focal ratio, f) pada f/8 ke atas, lebih baik setkan ISO setinggi yang kamera mampu, contoh : 3200, 6400, ____, untuk merakam dalam tempoh yang lebih singkat dan kurang gegaran (vibration). Lupakan soal hingar (noise) kerana imej ketara hingar yang lebih jelas adalah lebih baik daripada imej kurang hingar tetapi lebih gelap atau kabur (blurry).
Dua;
Imej yang telah dirakam, tidak dapat tidak perlu melalui "image processing" untuk hasil lebih baik. Pelajari teknik 'stacking', teknik 'HDR', antara teknik yang amat membantu dalam memproses imej objek angkasa. Teknik stacking secara mudah adalah gabungan berbilang imej bagi satu objek. Teknik ini lebih sesuai menggunakan tripod dengan opsyen 'auto tracking'. Contoh, setiap dedahan 15 saat, dibuat berulang-ulang, contoh 30 kali. Bila digabungkan cara stacking, ia menjadi 15x30 saat dedahan. Teknik HDR pula menggabungkan berbilang imej bagi satu objek, tetapi berbeza dedahan. Ini membolehkan rakaman satu objek pada kecerahan berlainan. Apabila digabungkan cara HDR, kecerahan berlainan berkumpul pada satu imej, menjadikan imej tersebut lebih baik dan jelas kerana proses HDR menghilangkan 'over-exposed zone'.
No comments:
Post a Comment