Thursday, May 31, 2012

Best of 2012

Tahun 2012 rupanya tahun yang amat mengujakan. Beberapa fenomena samawi dapat disaksikan dari Malaysia. Sebahagian telah berlalu, dan sebahagian hampir tiba.

1. Gerhana Matahari 21 Mei.

Gerhana Matahari Separa yang dapat disaksikan penduduk Sabah dan Sarawak ketika Matahari terbit pada 21 Mei. Ketika Matahari terbit di Semenanjung, gerhana telah tamat.

2. Gerhana Bulan Separa 4 Jun.

Kali ini penduduk Malaysia dapat menyaksikan Gerhana Bulan Separa (40%) pada 4 Jun ketika Bulan terbit kira-kira waktu Maghrib. Sudah semestinya Sabah dan Sarawak dapat melihatnya lebih awal, kerana gerhana ini telah berlaku sebelum Maghrib lagi. Fasa umbra tamat sekitar jam 8.06 malam, manakala fasa penumbra sekitar jam 9.20 malam.

3. Transit Planet Kejora 6 Jun.

Peluang yang kembali selepas 8 tahun (tahun 2004) pada 2012, sebelum berulang kembali sekitar 105 tahun (next gen!) akan datang. Planet Kejora (Planet Venus atau Zuhrah), melintasi Matahari dan dapat disaksikan apabila Matahari terbit pada pagi 6 Jun, hingga tamat lintasan pada kira-kira jam 12.40 tengahari. Sabah berpeluang menyaksikan fenomena ini lebih awal, mungkin daripada permulaan transit, kerana Matahari terbit lebih awal di sana. Nantikan dan saksikan fenomena yang hanya akan kembali 105 tahun lagi! AWAS! FENOMENA INI HANYA SELAMAT DISAKSIKAN MENERUSI PENAPIS KHAS MATAHARI!

4. Fenomena Planet Musytari "Ghaib" (Occultation of Jupiter) 12 Ogos.

Fenomena ghaibnya Planet Musytari (Jupiter) dijangka berlaku pada 12 Ogos. Fenomena ini bukan ghaib yang sebenar, tetapi merujuk kepada fenomena Bulan melintas di hadapan Planet Musytari. Disebut juga fenomena 'Hijab'. Saiz Bulan yang besar akan melindungi (menghijab) planet ini selama kira-kira setengah jam bermula jam 2.29 pagi, dan tamat pada jam 3.04 pagi. Menariknya, fasa bulan sabit yang memasuki fasa suku tua (membahagikan Bulan kepada zon gelap dan cerah), menyebabkan Planet Musytari seolah-olah ghaib ketika berada di sebalik zon gelap permukaan Bulan.

(Maklumat waktu fenomena berdasarkan Kuala Terengganu. Lokasi lain mungkin berbeza sedikit detik berlakunya. Harap maklum)

Allahu Akbar.

- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, May 24, 2012

Allahumma..

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah swt. Salawat dan salam ke atas Baginda Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarganya.

Sesungguhnya amat beruntung mereka yang berjaya menurut jalan yang tunjukkan Baginda s.a.w. dan rugilah mereka yang menjauhinya.

Alangkah sukarnya mengajak manusia ke arah kebaikan, dengan hati ini penuh rasa tanggungjawab dan iman, bahawa manusia itu memerlukan panduan dan ingatan yang perlu diberikan dengan penuh rasa keinsafan dan kasih sayang sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasul junjungan s.a.w. Bahkan hati ini diusik marah dan kesangsian, jelek dan kebencian, melihat manusia menjauhi Allah Tuhan sekelian alam, hingga hati ini mengharap hukuman Tuhan berbanding rahmat dan hidayah iman.

Allahumma... Ampunilah kejahilanku.. Ku mohon hidayahMu ..Rahmatilah mereka yang mengenaliku dan yang tidak, hidayahkan kami ke akhir usia.. Amin.





Sunday, May 20, 2012

Bersama vs. bersama-sama




Salam.

Jom bincang bahasa. Lihat ayat di bawah;

1. Kita bersama kembali.
2. Kita bersama Ali dalam rancangan....

Apa maksud bersama? Lihat kamus. Anda akan dapati ia digunakan untuk istilah khusus kepada hubungan suami isteri. Jadi? Ayat di atas? Hmm..

1. Kita bersama-sama kembali.
2. Kita bersama-sama Ali dalam rancangan....

Namun masih boleh diterima dalam konteks ayat berikut;

1. Jom jalan bersama.

Oleh itu, gunakan ayat 'bersama' dan 'bersama-sama' dalam konteks ayat yang betul...

Harap berguna.

Wsalam.


- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, May 16, 2012

Sahaja




- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, May 3, 2012

when the star lit the night

Salam.

"When the night is lit by the star"

Lama tidak berkalam di sini. Ketika menelaah buku-buku lama, terpanggil untuk berkongsi ayat 1-3 surah At-Tooriq. Perbincangan seterusnya merujuk tafsir Jalalain, kitab tafsir yang pernah dikuliah oleh Almarhum TG Hj Abdul Rahman Ahmad.

Kenapa saya ketengahkan ayat ini? Cuba semak tafsir atau terjemahan lain. Kebanyakan tafsir berbahasa Arab memberikan nama khusus kepada at-Tooriq dalam ayat tersebut, termasuk tafsir Jalalain ini. Manakala tafsir atau terjemahan lain tidak memberikan nama khusus tersebut.

Apa dia? Bintang As-Suraya/As-Syi'ra atau Sirius. Carilah Sirius dalam peta bintang, anda akan temui ia berdekatan buruj Orion (sebelah timur). Merupakan bintang paling cerah di angkasa. Bintang paling cerah di malam hari. Tidak termasuk planet. Jika mengambil maksud terakhir tafsir ayat 3, planet cerah juga boleh termasuk dalam kategori at-Tooriq ini.

Apa yang jelas ialah, ahli tafsir menyebut bahawa bintang cerah ini mampu menyinari malam yang gelap. Berpeluangkah kita merasai suasana yang sedemikian? Terokailah...



Related Posts with Thumbnails