Tuesday, August 24, 2010

Siapa Patut Puasa Dulu?

Salam.

Hari ini timbul soalan ini. Siapa? Malaysia dulu ke Arab Saudi dulu. M'sia maghrib lebih awal 5 jam, kenapa puasa/raya lambat dari Arab?

Hah.. macam mana?

Monday, August 23, 2010

Teleskop Untuk Cerapan Hilal

Salam Ramadhan, dan Salam Lebaran.

Teleskop, telah menjadi pilihan selain teodolit di kebanyakan tempat rukyah. Apakah teleskop akan menggantikan teodolit suatu masa nanti? Jom bincang.

Teodolit, adalah sejenis alat ukur sudut dengan kelengkapan tiub teleskop pada magnifikasi 25x hingga 32x, bergantung kepada model. Ia digunakan secara meluas dalam kerja2 ukur tanah. Set kelengkapan ini biasanya disebut sebagai Total Station.

Monday, August 16, 2010

Oh Anak Bulan

Selamat menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Ramadhan di Malaysia bermula hari Rabu, 11 Ogos 2010 yang lalu. Berdasarkan hitungan falak, bulan pada ketika Maghrib di Barat Semenanjung, berada pada ketinggian kira-kira 2 darjah atau kurang, dari aras ufuk. Berdasarkan maklumat beberapa sumber, anak bulan dilaporkan tidak kelihatan atas faktor awan tebal. Sememangnya beberapa negeri hari itu mengalami hujan, paling tidak renyai-renyai.

Hitungan falak juga menunjukkan umur bulan (tempoh dari waktu ijtimak ke waktu perhitungan, untuk Malaysia, waktu bulan terbenam) kira-kira 8 jam atau lebih.

Berdasarkan rekod kenampakan dan laporan dalam moonsighting.com, sebahagian besar negara dari Afrika hingga Asia melaporkan tiada kenampakan, kecuali beberapa laporan yang dianggap tidak 'authentic' oleh moonsighting.com, dari Indonesia dan Arab Saudi.

Thursday, August 12, 2010

Rukyah, hisab asas justifikasi Ramadan

(Artikel ini disiarkan oleh Berita Harian pada 10 Ogos 2010 - namun terdapat pembetulan pada perenggan yang saya warnakan di bawah)

PERISYTIHARAN awal Ramadan atau tarikh hari raya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu adalah detik ditunggu-tunggu untuk mendapatkan keputusan muktamad bermulanya puasa dan Aidilfitri.
Pengisytiharan permulaan bulan Islam di negara ini berdasarkan rukyah iaitu aktiviti melihat anak bulan pada hari ke 29 setiap bulan hijrah. Hari ini, bersamaan 29 Syaaban 1431 hijrah, pihak berkuasa membuat persiapan bagi menentukan tarikh 1 Ramadan.
Teodolit merupakan antara instrumen rukyah

Rukyah turut dilakukan pada hari ke 30 jika anak bulan tidak kelihatan hari sebelumnya bagi tujuan analisis dan rekod kerana tarikh awal bulan ditetapkan berdasarkan rukyah hari ke-29. Ada kalanya rukyah dilakukan pada petang 1 hari bulan baru jika anak bulan masih gagal dikesan hari sebelumnya kerana masalah cuaca.

Related Posts with Thumbnails