Teleskop, telah menjadi pilihan selain teodolit di kebanyakan tempat rukyah. Apakah teleskop akan menggantikan teodolit suatu masa nanti? Jom bincang.
Teodolit, adalah sejenis alat ukur sudut dengan kelengkapan tiub teleskop pada magnifikasi 25x hingga 32x, bergantung kepada model. Ia digunakan secara meluas dalam kerja2 ukur tanah. Set kelengkapan ini biasanya disebut sebagai Total Station.
Teleskop, adalah alat yang semata2 digunakan untuk melihat objek jauh, terutama di langit, dengan magnifikasi bergantung kepada model dan saiz teleskop berkenaan. Dari sekecil 3 inci, hinggalah sebesar 20 inci, atau lebih.
Namun, untuk aktiviti rukyah hilal, teleskop bersaiz 8 inci ke bawah lebih sesuai digunakan.
PENGALAMAN
Pengalaman banyak mengajar kita. Mengenali beberapa jenis teleskop sepanjang khidmat saya di KUSZA/UDM/UniSZA merupakan pengetahuan yang tidak ternilai. Jadi izinkan saya tulis di sini untuk perkongsian.
Meade LX200
Kesukaan saya. Pertama kerana keypad model ini lebih tahan lasak/lama, malah penukaran hanya dilakukan sekali sejak 1996. Kelemahannya ialah kepada panas. Jadi cerapan gerhana matahari atau apa2 aktiviti tengah panas, tidak sesuai. Selepas 1/2 jam, motornya mula mengarut bergerak entah ke mana. Untuk cerapan hilal, antara terbaik. Penjejakan baik. Namun disebabkan saiz cermin 10 inci, eyepiece yang digunakan adalah 40mm, supaya imej bulan lebih kecil dan muat medan pandangan. Jika menggunakan video, perlukan 'focal reducer'.
Masalah: Teleskop ini tidak membenarkan GOTO objek yang dalam radius 15 darjah dari matahari, ini termasuk bulan (hilal). Penyelesaian: 'Override' dengan memasukkan koordinat RA dan DEC bulan. Selesai.
Masalah lagi: Hilal adalah objek yang tidak kelihatan pada awal cerapan. Macam mana nak jajar utara dengan betul? (1) guna ALT/AZ objek lanskap yang jauh di ufuk, kemudian match dengan 'lock release' (buka kunci gerak, betulkan). Semak dengan koordinat matahari (guna RA/DEC matahari, dan of course - filter). Betulkan posisi matahari dengan kaedah sama - release lock.
Meade ETX
Ini model agak baru, dengan Autostar controller. Siri LX GPS juga sudah mula guna Autostar. Mudah, tetapi keypadnya tidak lasak dan tahan lama. Kerap ditukar. Untuk cerapan hilal, Landscape memberikan anda kemudahan untuk jajar utara dengan mudah. Caranya, jajarkan teleskop dengan bintang dsb, hingga betul puas hati, kemudian pilih Landscape jauh di ufuk yang kekal dan sesuai, set dan namakan. Lain kali, hanya guna Landscape itu untuk apa2 cerapan susulan. Tak perlu guna bintang dah... Bagus untuk cerapan hilal.
Celestron NextStar SE
Model saingan saya kira. Keypad controllernya macam autostar, tetapi ada satu special mengenainya. Selepas anda 'membenarkan' cerapan matahari (pilihan menu keselamatan - sun off - ubah kepada on) membolehkan matahari digunakan sebagai objek rujukan. Lagi senang. Setkan tarikh, masa dan lokasi dengan betul, halakan ke arah matahari (jangan lupa - sun filter) guna GOTO, jajarkan dengan kekunci arah/gerak, kemudian match. Lagi senang untuk cerapan hilal.
Apapun, teodolit dengan binokular berkakitiga, adalah pasangan yang cukup ideal ketika rukyah.
Justeru, pilih saja mana yang anda selesa.
Selamat Hari Raya.
2 comments:
Alat terbaik merukyah hilal ialah refractor yang mempunyai focal lenght yang pendek, kurang 500mm, atau Binokulars. Selalunya bagi yang menggunakan teleskop SCT, yang nampak hilal tu bukan menerusi teleskop utama, tetapi melalui finderscope.
Benar. Kecenderungan membeli teleskop lebih besar, menyebabkan yg kecil macam dilupakan. Sedangkan antara penggunanya adalah yang fokus kepada cerapan hilal.
Post a Comment