Mendapat pendidikan awal di SK Bukit Perah, Ajil, Hulu Terengganu (1980-1985). Peringkat menengah di SMKA Tok Jiring, Kuala Terengganu (1986-1990). Seterusnya menamatkan pengajian peringkat Diploma di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dalam bidang Pengajian Islam, pengkhususan Al Quran dan As Sunnah (1991-1994). Mengikuti Program Sijil Falak Syarie KUSZA selama tiga bulan (Julai-Sept 1995), dan Sijil Pengaturcaraan Komputer KUSZA (Jan - Mei 1996). Mula berkhidmat di Unit Falak KUSZA sejak Jun 1996, yang seterusnya dikenali sebagai Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) dan kini, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sebagai petugas di Balai Cerap KUSZA, UniSZA (1996 - sekarang).