Wednesday, July 21, 2010

Expedisi Rukyah Hilal Syaaban 1431 di Pulau Perhentian

12 Julai 2010, bersamaan 29 Rajab 1431, merupakan hari yang bersejarah, jika mahu dicatat begitu.. hehe.. kerana ia disertai sebilangan besar pegawai Unit Falak Jabatan Mufti seluruh Malaysia. Sekalipun rukyah tersebut tidak berhasil kerana faktor awan tebal di ufuk Barat setinggi 5 darjah arka, penulis tetap sedia melahirkan kekaguman terhadap komitmen pegawai-pegawai ini yang tidak dapat penulis sebutkan atau paparkan seorang demi seorang di sini, namun cukuplah dengan mengatakan ia melibatkan semua sekali yang hadir, mahupun yang tidak hadir kerana mereka diperlukan melakukan rukyah di tempat masing2.

Thursday, July 1, 2010

Bahasa Jiwa Bangsa

Tak tahu apa perbincangan sebenar hari ini. Tiba2 terasa hendak mencelah topik ini. Entah menarik pembaca atau tidak. Terpulang. Mengajak anda berfikir menerusi pemikiran saya. Baik dipegang, kurang ditupang.

Jawi. Tulisan bangsa Melayu. Digunakan di Nusantara. Malah digunakan dalam urusan surat menyurat zaman penjajah pun. Orang Putih pun menggunakan Jawi untuk menghubungi Raja Melayu. Buku-buku ilmuan Melayu tulisannya Jawi.

Tarikh oh Tarikh

Tarikh.. kadangkala orang tidak peduli pun. Tetapi sesekali orang terlalu peduli. Ketika inilah boleh membawa kepada kontroversi. Tarikh bila? hehe.. jawab sendiri.

Ia boleh berlaku kepada tarikh yang lepas, tarikh semasa, malah tarikh akan datang. Tarikh yang lepas, melibatkan takwim sedia ada, atau takwim yang pernah digunakan ketika itu. Selalunya kes tarikh lahir. Lain di surat, lain di 'report', malah lain pulak apabila menghitungnya. Menarik lagi, lain kaedah lain pula harinya.. hehe.. nasib.. nasib..

Tarikh semasa. Ini pula tarikh sekarang. Isunya adalah bila tarikh yang sepatutnya, atau sebenarnya. Tarikh sebenar, Wallahuaa'alam bagi saya - manusia hanya berusaha. Tarikh sepatutnya, mungkin boleh dijawab. Berdasarkan anak bulan, begini dan begitu, maka hari itu sekian haribulan. Itu fakta yang ada. Berdasarkan kaedah yang diguna.

Tarikh akan datang. Ini lagi menambah perisa. Ada membenarkan. Ada yang tidak membenarkan. Menarik bukan? Namun jangan lupa, sesungguhnya Allah swt telah permudahkan alam bagi manusia untuk melakukan urusan hidup. Justeru betapa perintah Allah swt itu dipatuhi alam (kecuali manusia yang selalu lalai) hingga apabila ketetapan Allah (sunnatullah) bahawa gerhana berlaku pada detik sekian, maka ia berlaku seperti yang jangkakan. Bukan manusia yang hebat membina kereta, tetapi hebatnya Pencipta yang mengurniakan besi kepada manusia. Bukan manusia hebat menjangka gerhana berlakunya bila, tetapi hebatnya Pencipta walau saiznya gergasi berkali ganda, taatnya tidak mungkir, tidak terlajak atau terlambat sesaat dua.
Gerhana Bulan Separa 26 Jun 2010 (Kuala Terengganu)
Allahu Akbar.
Related Posts with Thumbnails