Pages

Thursday, July 1, 2010

Bahasa Jiwa Bangsa

Tak tahu apa perbincangan sebenar hari ini. Tiba2 terasa hendak mencelah topik ini. Entah menarik pembaca atau tidak. Terpulang. Mengajak anda berfikir menerusi pemikiran saya. Baik dipegang, kurang ditupang.

Jawi. Tulisan bangsa Melayu. Digunakan di Nusantara. Malah digunakan dalam urusan surat menyurat zaman penjajah pun. Orang Putih pun menggunakan Jawi untuk menghubungi Raja Melayu. Buku-buku ilmuan Melayu tulisannya Jawi.



1950an menyaksikan perubahan dramatik, tulisan bangsa Melayu bertukar daripada Jawi kepada Rumi. Namapun Rumi, istilah arab merujuk 'milik orang Rom (orang putih)'. Ye ke? heheh ntah.

Baik. Orang Melayu mula terbahagi dua, Pandai Jawi dengan Pandai Rumi. Tapi jangan lupa, walau rumi, cakap Melayu masih jawi, sebab 'saya' disebut 'saye' - sin alif ya - bukannya 'saya' - sin alif ya alif. Khianat disebut 'khi' - huruf kha - bukan rumi yang terpaksa menggunakan dua huruf - k dan h.

Tahun 80an-90an, menyaksikan lagi perubahan besar dalam Jawi, diubah mengikut ejaan rumi. Jawi Baru.

Bangsa Melayu berpecah lagi - Pandai Jawi, Pandai Rumi, dan Pandai Jawi Baru.

Baguskah perubahan ini? Pada pandangan saya, menghancurkan. Generasi baru tidak boleh membaca kitab Jawi, lalu kitab terdahulu terpinggir oleh bangsa Melayu sendiri. Hilang satu peringkat ILMU. Generasi Jawi baru pun tidak pandai membaca jawi, lalu kitab terdahulu disimpan di arkib, membacanya bagaikan membaca manuskrip zaman silam, zaman mesir kuno.

Hilang lagi peringkat ILMU.

Timbul usaha mencetak semula kitab lama kepada Jawi baru, sampai ke mana? Ada?

Perubahan dalam tulisan Bangsa Melayu, merosakkan penyampaian ILMU. Contoh: Akhbar Jawi. Yang tua tidak dapat membacanya lagi. Siapa nak beli. Yang muda selesa membaca yang rumi. Jawi tolak ke tepi.

Akhirnya... apa lagi lepas ini?

No comments: