Pages

Monday, December 6, 2010

Biarlah Zulhijjah Itu Pergi...

Biarlah Zulhijjah itu berlalu pergi
Kerana Muharram muncul lagi
Doakan yang susah itu pergi
Doakan kebaikan kembali

Biarlah Zulhijjah itu berlalu pergi
Biarlah Aidil Adha kembali sepi
Parang golok disimpan kembali
Menanti untuk diasah lagi

Biarlah Zulhijjah itu berlalu pergi
Bersama jemaah haji di tanah suci
Kini berarak berkumpul lagi
Kepulangan yang dinanti-nanti

Biarlah Zulhijjah itu berlalu pergi
Kemuliaanmu tidak pernah sepi
Tasbih tahmid memuji Ilahi
Niat suci Muharram kembali

Biarlah Zulhijjah itu berlalu pergi
Muharram akan tetap kembali
Jangan diri bagai belum tumbuh gigi...


Kuala Terengganu
28 Zulhijjah 1431

Monday, November 29, 2010

Hukum Akal

Salam untuk anda.

Selalunya saya tidak membincangkan aspek hukum dan aqidah dalam blog ini. Namun entah kenapa, membaca beberapa tulisan dan info mengenai apa yang berlaku hari ini, mendorong saya untuk menulis juga sedikit. Isunya, Hukum Allah swt yang dikritik hebat sebagai tidak sesuai dengan zaman, menurut piawaian hukum akal. Tidak logik dan sebagainya. Saya fikir, tidak perlulah saya menulis semula pandangan-pandangan tersebut memandangkan di internet ini, anda boleh mencapainya dengan mudah sekali.

Monday, November 22, 2010

Barat atau Timur?


Pendahuluan
Antara sedar atau tidak, isu berkaitan perbezaan waktu antara Timur dan Barat selalu menjadi perhatian. Namun ia tidak muncul dengan nama Timur atau Barat, tetapi dengan nama tempat, Terengganu dengan Kelantan, Pahang dengan Selangor, Johor dengan Negeri Sembilan, apa lagi melibatkan antara Sabah dengan Sarawak, dengan Semenanjung. Lagi menarik, antara Malaysia dengan Thailand, Brunei dengan Malaysia, Malaysia dengan Singapura. Lagi parah, Malaysia dengan Arab Saudi. Punca? Perbezaan kedudukan di topografi Bumi, membezakan waktu antara lokasi-lokasi berkenaan. Pengetahuan sedikit atau keliru tentang perbezaan waktu, yang turut membezakan beberapa aspek lain, menyebabkan kadang-kala perbezaan itu gagal diterima secara logik, kerana pengetahuan dangkal atau keliru telah membentuk 'logik' yang berbeza, kadangkala 'logik yang tidak logik'. Tulisan ini berusaha memperjelaskan isu-isu ini berdasarkan perspektif ilmu falak, dengan objektif memberi kefahaman tentang sistem waktu, hubungkait dengan aspek ibadat, perlaksanaan peringkat individu, nasional dan antarabangsa, seterusnya mengemukakan beberapa rumusan dan cadangan yang mungkin sesuai dipraktikkan.

Thursday, October 21, 2010

Light Pollution

Light pollution. Pencemaran Cahaya. Terdapat study berkaitan seperti di sini dan sini mungkin perlu diberikan perhatian, sebelum ia bertambah parah, berterusan tanpa dibendung.

Apakah tahap pencemaran cahaya di Malaysia? Saya tidak pasti tentangnya, kerana belum menemui study berkaitannya. Selepas ini mungkin jumpa. Namun sebelum ia semakin parah seperti di Eropah, sehingga muncul kempen ini.

Sunday, September 26, 2010

Nasib Tulisan Jawi

Bila pergi jalan-jalan, cuba-cubalah perhatikan sepanjang jalan, kiri dan kanan, pasti ada papan tanda pengenalan, premis perniagaan, pejabat kerajaan mahupun pusat khidmat awam, ada tulisan jawi walau hanya sebahagian, sekurang-kurangnya masih ada yang sayang, tulisan jawi masih diketengahkan, selalunya di baris permulaan, di atas sekali diletakkan.

Tapi sayang seribu kali sayang, dulu jawi begitu indah ditayang, tulisan cantik mata memandang, kini seninya sudah mula hilang, guna komputer tulisan sebarang, asal jadi tetap dipampang.

Wednesday, September 8, 2010

Bila nak raya ni...

Menjelang puasa, tidak sehebat menjelang raya. Namun antara yang tidak kurang hebatnya, soalan 'bila tarikh hari raya?'. Menambahkan perisa, resepi dari Arab Saudi turut ditambah dalam resepi sedia ada, menjadikan rasanya bercampur aduk, menambahkan kehairanan di kalangan kita. Untuk mejelaskan ini, tidak dapat tidak pada fikir saya, perlulah dimulakan dari beberapa perkara asas dahulu, sebelum menuju isu sebenar di sini.

Tuesday, August 24, 2010

Siapa Patut Puasa Dulu?

Salam.

Hari ini timbul soalan ini. Siapa? Malaysia dulu ke Arab Saudi dulu. M'sia maghrib lebih awal 5 jam, kenapa puasa/raya lambat dari Arab?

Hah.. macam mana?

Monday, August 23, 2010

Teleskop Untuk Cerapan Hilal

Salam Ramadhan, dan Salam Lebaran.

Teleskop, telah menjadi pilihan selain teodolit di kebanyakan tempat rukyah. Apakah teleskop akan menggantikan teodolit suatu masa nanti? Jom bincang.

Teodolit, adalah sejenis alat ukur sudut dengan kelengkapan tiub teleskop pada magnifikasi 25x hingga 32x, bergantung kepada model. Ia digunakan secara meluas dalam kerja2 ukur tanah. Set kelengkapan ini biasanya disebut sebagai Total Station.

Monday, August 16, 2010

Oh Anak Bulan

Selamat menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Ramadhan di Malaysia bermula hari Rabu, 11 Ogos 2010 yang lalu. Berdasarkan hitungan falak, bulan pada ketika Maghrib di Barat Semenanjung, berada pada ketinggian kira-kira 2 darjah atau kurang, dari aras ufuk. Berdasarkan maklumat beberapa sumber, anak bulan dilaporkan tidak kelihatan atas faktor awan tebal. Sememangnya beberapa negeri hari itu mengalami hujan, paling tidak renyai-renyai.

Hitungan falak juga menunjukkan umur bulan (tempoh dari waktu ijtimak ke waktu perhitungan, untuk Malaysia, waktu bulan terbenam) kira-kira 8 jam atau lebih.

Berdasarkan rekod kenampakan dan laporan dalam moonsighting.com, sebahagian besar negara dari Afrika hingga Asia melaporkan tiada kenampakan, kecuali beberapa laporan yang dianggap tidak 'authentic' oleh moonsighting.com, dari Indonesia dan Arab Saudi.

Thursday, August 12, 2010

Rukyah, hisab asas justifikasi Ramadan

(Artikel ini disiarkan oleh Berita Harian pada 10 Ogos 2010 - namun terdapat pembetulan pada perenggan yang saya warnakan di bawah)

PERISYTIHARAN awal Ramadan atau tarikh hari raya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu adalah detik ditunggu-tunggu untuk mendapatkan keputusan muktamad bermulanya puasa dan Aidilfitri.
Pengisytiharan permulaan bulan Islam di negara ini berdasarkan rukyah iaitu aktiviti melihat anak bulan pada hari ke 29 setiap bulan hijrah. Hari ini, bersamaan 29 Syaaban 1431 hijrah, pihak berkuasa membuat persiapan bagi menentukan tarikh 1 Ramadan.
Teodolit merupakan antara instrumen rukyah

Rukyah turut dilakukan pada hari ke 30 jika anak bulan tidak kelihatan hari sebelumnya bagi tujuan analisis dan rekod kerana tarikh awal bulan ditetapkan berdasarkan rukyah hari ke-29. Ada kalanya rukyah dilakukan pada petang 1 hari bulan baru jika anak bulan masih gagal dikesan hari sebelumnya kerana masalah cuaca.

Wednesday, July 21, 2010

Expedisi Rukyah Hilal Syaaban 1431 di Pulau Perhentian

12 Julai 2010, bersamaan 29 Rajab 1431, merupakan hari yang bersejarah, jika mahu dicatat begitu.. hehe.. kerana ia disertai sebilangan besar pegawai Unit Falak Jabatan Mufti seluruh Malaysia. Sekalipun rukyah tersebut tidak berhasil kerana faktor awan tebal di ufuk Barat setinggi 5 darjah arka, penulis tetap sedia melahirkan kekaguman terhadap komitmen pegawai-pegawai ini yang tidak dapat penulis sebutkan atau paparkan seorang demi seorang di sini, namun cukuplah dengan mengatakan ia melibatkan semua sekali yang hadir, mahupun yang tidak hadir kerana mereka diperlukan melakukan rukyah di tempat masing2.

Thursday, July 1, 2010

Bahasa Jiwa Bangsa

Tak tahu apa perbincangan sebenar hari ini. Tiba2 terasa hendak mencelah topik ini. Entah menarik pembaca atau tidak. Terpulang. Mengajak anda berfikir menerusi pemikiran saya. Baik dipegang, kurang ditupang.

Jawi. Tulisan bangsa Melayu. Digunakan di Nusantara. Malah digunakan dalam urusan surat menyurat zaman penjajah pun. Orang Putih pun menggunakan Jawi untuk menghubungi Raja Melayu. Buku-buku ilmuan Melayu tulisannya Jawi.

Tarikh oh Tarikh

Tarikh.. kadangkala orang tidak peduli pun. Tetapi sesekali orang terlalu peduli. Ketika inilah boleh membawa kepada kontroversi. Tarikh bila? hehe.. jawab sendiri.

Ia boleh berlaku kepada tarikh yang lepas, tarikh semasa, malah tarikh akan datang. Tarikh yang lepas, melibatkan takwim sedia ada, atau takwim yang pernah digunakan ketika itu. Selalunya kes tarikh lahir. Lain di surat, lain di 'report', malah lain pulak apabila menghitungnya. Menarik lagi, lain kaedah lain pula harinya.. hehe.. nasib.. nasib..

Tarikh semasa. Ini pula tarikh sekarang. Isunya adalah bila tarikh yang sepatutnya, atau sebenarnya. Tarikh sebenar, Wallahuaa'alam bagi saya - manusia hanya berusaha. Tarikh sepatutnya, mungkin boleh dijawab. Berdasarkan anak bulan, begini dan begitu, maka hari itu sekian haribulan. Itu fakta yang ada. Berdasarkan kaedah yang diguna.

Tarikh akan datang. Ini lagi menambah perisa. Ada membenarkan. Ada yang tidak membenarkan. Menarik bukan? Namun jangan lupa, sesungguhnya Allah swt telah permudahkan alam bagi manusia untuk melakukan urusan hidup. Justeru betapa perintah Allah swt itu dipatuhi alam (kecuali manusia yang selalu lalai) hingga apabila ketetapan Allah (sunnatullah) bahawa gerhana berlaku pada detik sekian, maka ia berlaku seperti yang jangkakan. Bukan manusia yang hebat membina kereta, tetapi hebatnya Pencipta yang mengurniakan besi kepada manusia. Bukan manusia hebat menjangka gerhana berlakunya bila, tetapi hebatnya Pencipta walau saiznya gergasi berkali ganda, taatnya tidak mungkir, tidak terlajak atau terlambat sesaat dua.
Gerhana Bulan Separa 26 Jun 2010 (Kuala Terengganu)
Allahu Akbar.

Wednesday, June 16, 2010

Duit oh Duit

Hari ini timbul tajuk ini. Entah kenapa, teringat kisah lama.

Pernahkah anda kehilangan wang? Pernah anda beritahu/mengadu kepada sesiapa? Tentu pernah. Dan pernahkan anda perhatikan respon mereka?
Inilah ceritanya;

Tuesday, June 1, 2010

Nak Mula

Nak mula... inilah yang selalu menyusahkan orang heheh. Macam mana nak mula eh?

Kita telah kenali sedikit tentang teknik aturcara mudah menggunakan worksheet (Excell) sebelum ini. Kali ini tentang 'permulaan aturcara'.

Pengalaman saya, selalu jumpa programmer, diorang terus coding sahaja atas apa-apa aturcara. Malas nak buat langkah 1 dan 2. Terus langkah 3 - coding.

Apa pulak langkah 1 2 3 ni? Baik. Kita mulakan.

Monday, May 31, 2010

Buka minda

Rejab bakal tiba. Syaaban dan Ramadhan menjelang.

Tugas, tanggungjawab dan amanah banyak lagi rupanya. Tidak akan habis sebenarnya.
Apa pun, sama-sama renunglah. Masing-masing tanggung, cuma ada satu tanggungan yang boleh tersangkut satu sama lain - dakwah.

Allah. Mohon kekuatan.

Hal semasa. Antara hukum syarak dan hukum sains. Bila nak selesai? Atau tidak akan selesai? (Tidak boleh dijawab...... )


Wednesday, May 26, 2010

Apa nak kata

Tiada kata-kata.

Pertama sebab tak cukup pengetahuan. Kedua, tak reti. tengoklah sendiri.

Halo matahari. Bukan hanya bulan yang ada Halo. Lokasi: Pulau Perhentian

Tuesday, May 25, 2010

Jawi oh Jawi

Jawi.

Perkataan yang selalu disebut, Sepatah perkataan - pelbagai makna. Nak tahu? Baik.

Takrifan di bawah adalah dari minda saya sendiri - reka ayat setakat yang tahu, dan logik. Setakat ingat.. hehe

Jawi 1 : tulisan atau huruf yang pernah menjadi medium komunikasi antarabangsa dunia Melayu. Malah surat-surat Inggeris dari Singapura kepada Sultan Terengganu ditulis menggunakan Jawi. Malah cop nama pemerintah Inggeris Singapura ketika itu (Farquhar?) ditulis menggunakan Jawi.

Tuesday, May 4, 2010

Kenali spreadsheet

Salam.

Spreadsheet. Merupakan perisian lembaran kerja, yang membolehkan proses hitungan dilaksanakan pada lembaran (sheet) tersebut secara WYSIWYG (What You See Is What You Get), atau 'as is'. Microsoft Excel dalam pakej Microsoft Office, atau OpenOffice Calc dalam pakej OpenOffice.Org, atau mana-mana perisian yang seangkatan dengannya.

Berbeza dengan kaedah hitungan atau programming lain, yang alkhawarizminya menjadi arahan belakang tabir yang tidak kelihatan pada pengguna, hitungan dengan spreadsheet adalah hitungan terus di mana arahan di situlah paparan, di mana input, di situ juga output. Tidak berlaku operasi belakang tabir yang merupakan standard perisian programming lain. Boleh juga nak jadikan ia belakang tabir, tetapi itu bukan default perisian spreadsheet.

Wednesday, March 31, 2010

Programming

Salam Ukhuwwah. Hari ini trend Salam 1 Malaysia. Bagi saya yg daif ilmu ini, mungkin ia hanya adaptasi dari salam sejahtera. Maksudnya - selamat 1 Malaysia - oklah tu. Tak payah fikir jauh sangat. Nanti timbul perasaan meluat atau parah lagi, benci. Lebih teruk - marah. Perasaan marah tidak digalakkan bukan? Sebab marah - sekalipun benar - hanya merosakkan hati. Bila hati rosak, mulalah marah tidak bertempat. Lagi bahaya. Islam menggalakkan maaf, dan membimbing.. bukan menghukum. Membimbing itu susah, dan itulah dakwah.. Allah.. mohon hidayat.

Tuesday, March 30, 2010

Lihat Sekeliling Kita

Alhamdulillah. Masih dipanjangkan umur. Setiap hari ada yang pergi, setiap hari, rupanya ada yang bersatu di pelamin, kalau pun tidak seramai musim cuti sekolah.. hehe. Setiap hari juga, ada yang baru lahir. Itu yang entah di mana, setiap hari. Bagaimana di sekeliling kita? Pagi, petang dan malam, matahari terbit dan terbenam. Bulan.. di mana ya malam ini? hmm.. perhatikanlah...

Lalu diri perhatikan sekeliling, mula-mula di tempat kerja. hmm.. ok jugak.. alhamdulillah.



Tuesday, February 16, 2010

Sejarah Berulang, Atau Mengulang Sejarah?

Kali ini kita bincang bab yang masih serius. Mungkin berat, tapi mudah.

Pertama, perbincangan merujuk Penyata Parlimen 1978 hingga 1982. Memetik beberapa bahagian dan dijadikan bahan perbincangan kali ini. Berdasarkan perbahasan ahli parlimen tahun tersebut, beberapa maklumat menarik diperolehi, tetapi untuk sumber asal, atau maklumat terperinci, adalah sukar, kerana sesetengahnya tidak menyebut sumber, atau memberi maklumat yang kabur.



Kedua, masa untuk merenung sejenak. Apakah sejarah berulang, atau kita mengulang sejarah.

Baik. Kita mulakan. Merujuk penyata parlimen 17 Dis 1980.






Tuesday, February 9, 2010

Pergi Tidak Kembali

"Pergi Tidak Kembali"

Kali ni kita renung topik ini. Apa pun bunyinya, ia tetap berkait soal masa. MASA, DETIK, KETIKA, WAKTU. Semuanya berkait dengan suatu pergerakan sesuatu yang berbeza, tidak sama dengan antara satu detik lain, dengan suatu ketika yang lain. Perubahan ini, membolehkan hitungan masa dilakukan. Terbit terbenam dan sebagainya, adalah perubahan yang seragam, yang menjadikan masa yang kita hitung, juga seragam.

Sunday, January 3, 2010

Makkah Diminta Berusaha Ke Arah Keseragaman Kalendar Ummah

Hari ini, menerima emel:
-------------------------------------

Akhbar al-Madinah, Selasa, 12 Muharram – Setiausaha Agung Majma’
al-Fiqhi al-Islami ad-Dwali (Akademi Fiqh Islam Antarabangsa) di
Jeddah, Dr. Abd al-Salam al-Abbadi menuntut supaya ditubuhkan sebuah
lembaga rasmi di Makkah al-Mukarramah yang menghimpunkan golongan
ulama dan beberapa orang pakar falak serta mengadakan kerjasama dengan
pihak-pihak yang terlibat dalam penentuan kalendar bulan di seluruh
dunia Islam, Organisasi Konferensi Islam (OIC), dan Akademi Fiqh Islam
Antarabangsa bagi menyelia segala yang berkaitan dengan hal ini.