Jawi.
Perkataan yang selalu disebut, Sepatah perkataan - pelbagai makna. Nak tahu? Baik.
Takrifan di bawah adalah dari minda saya sendiri - reka ayat setakat yang tahu, dan logik. Setakat ingat.. hehe
Jawi 1 : tulisan atau huruf yang pernah menjadi medium komunikasi antarabangsa dunia Melayu. Malah surat-surat Inggeris dari Singapura kepada Sultan Terengganu ditulis menggunakan Jawi. Malah cop nama pemerintah Inggeris Singapura ketika itu (Farquhar?) ditulis menggunakan Jawi.
Jawi 2 : masuk jawi = berkhatan. Orang Teganu sebut 'jjawi'.
Jawi 3 : orang Asia Tenggara. Orang arab panggil orang kita ni 'jawi'.
Jawi 4 : tulisan Jawi oleh orang yang sebenarnya tak reti sangat Jawi yang dekat dengan Arab. Contoh nama Zulkarnain adalah antara nama-nama orang Jawi, tetapi tetap ditulis cara tulisan Arab (zu-al-qarnain), bukan Jawi. Paham ke? Nama Saifuddin tentunya ditulis cara Arab juga (saif-ad-din), tidak cara Jawi. Tak jelas lagi? tengok imej kat bawah, nama Arab, tetapi ditulis Jawi, cara huruf Rumi. hehe.. Mohon maaf empunya diri. Saya gelapkan mana yang patut....
Kena sentuh bab jawi jugak lepas ni. Buat kelas jawi, amacam? hehehe
2 comments:
cmne leh eja nme kot 2 plak en mat...?? hehehe...
tu la.. ke kaedah jawi baru? :)
Post a Comment