Monday, May 31, 2010

Buka minda

Rejab bakal tiba. Syaaban dan Ramadhan menjelang.

Tugas, tanggungjawab dan amanah banyak lagi rupanya. Tidak akan habis sebenarnya.
Apa pun, sama-sama renunglah. Masing-masing tanggung, cuma ada satu tanggungan yang boleh tersangkut satu sama lain - dakwah.

Allah. Mohon kekuatan.

Hal semasa. Antara hukum syarak dan hukum sains. Bila nak selesai? Atau tidak akan selesai? (Tidak boleh dijawab...... )




Mengambil contoh rukyah. Selalu disebut, rukyah adalah hukum syarak (dengan maksud hisab falak adalah hukum sains). Justeru penentuan awal bulan hanyalah dengan rukyah, bukan dengan jangkaan hisab falak.

Ironinya, waktu Zohor adalah apabila gelincir matahari. Gelincir matahari menjadi SEBAB kepada boleh solat Zohor. Itu nas Al-Quran, juga disebut dalam Hadith. Tetapi solat (azan dulu) dilakukan apabila jam menunjukkan sama dengan jadual waktu solat yang dicetak sebelum Muharram tahun itu lagi. Tidak perlu 'rukyah' matahari.

Berbeza dengan anak bulan, kerana perkataan 'rukyah' wujud dalam hadith. Bahas kebanyakan orang. Bolehkan ia dianggap berbeza? Bezanya begini - gelincir matahari dikesan melalui bayang, bukan pemerhatian terus. Justeru tidak disebut 'rukyah' dalam ertikata sebenar. Anak bulan adalah pemerhatian terus. Itulah rukyah.

Apa pula hisab falak? Pemerhatian terhadap pergerakan matahari (bayang) menghasilkan satu rumusan pergerakan terbit terbenam matahari yang dibentuk menjadi sistem waktu yang seragam hari ini. Apabila Zohor tempat anda adalah 1.30 tgh, ketika matahari tegak dan gelincir, jam anda mesti 1.30 tgh. Waktu yang selari dengan pergerakan semesta.

Demikian perintah rukyah yang dilaksanakan sejak dahulu, menghasilkan rumusan pergerakan terbit terbenam bulan membentuk sistem orbit bulanan/pergerakan harian bulan yang sistematik. Rumusan ini membolehkan kita mengetahui kedudukan matahari dan bulan sebelum tiba waktu sebenarnya (dengan kata lain - menjangka - contoh: detik gerhana).

Ilmu Falak adalah hasil pengumpulan maklumat rukyah dan rumusan (hisab) yang dibentuk menjadi satu bidang ilmu - menjadikan ilmu falak mengalami perubahan, pemurnian seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan semasa. Memisahkan rukyah dengan falak, ibarat membuang nama ayah selepas 'bin' seorang anak.

Ini HUKUM SYARAK! Benar. Setiap hukum pada asalnya adalah perintah amalan, akhirnya di'kompilasi' menjadi satu ilmu juga. Hukum FARAI'D merupakan nas Al-Quran, dan percayalah, ia hanya boleh dilakukan oleh orang yang berilmu - dengan lebih mudah - ada ilmu matematik. Anda boleh? Saya 'surrender'. Jangan lupa, kalkulator dan komputer sepatutnya tidak dimasukkira, itu benda baharu. Dulu?

Ada yang mengatakan (zaman saya sekolah), orang kafir itu memajukan sains dengan teknologi, untuk kemudahan umat Islam. Setuju sangat. Nak solat tengok jadual waktu solat yang 'ORANG LAIN' hitung untuk kita. Nak solat, guna arah kiblat yang 'ORANG LAIN' tunjuk untuk kita. Nak sembelih ayam pun guna teknologi 'ORANG LAIN'. Boleh sembelih ayam? Lembu?

Boleh buat pisau tajam?
Saya stop di sini.

1 comment:

Anonymous said...

Kena explain dengan bhs mudah la. Aku x paham. Ye aku lembab.