Tuesday, June 1, 2010

Nak Mula

Nak mula... inilah yang selalu menyusahkan orang heheh. Macam mana nak mula eh?

Kita telah kenali sedikit tentang teknik aturcara mudah menggunakan worksheet (Excell) sebelum ini. Kali ini tentang 'permulaan aturcara'.

Pengalaman saya, selalu jumpa programmer, diorang terus coding sahaja atas apa-apa aturcara. Malas nak buat langkah 1 dan 2. Terus langkah 3 - coding.

Apa pulak langkah 1 2 3 ni? Baik. Kita mulakan.

Langkah 1 : Kenalpasti masalah dan jalan penyelesaian dengan membentuk alkhawarizmi. Contoh masalah a + b - c = d. Bagaimana membentuk alkhawarizmi? Mudah sebenarnya, bila kita faham. Arahan penyelesaian dalam bentuk ayat. Seperti memberikan arahan jalan kepada orang yang bertanya tempat hendak dituju.

Mula
Input nilai a, b dan c
Proses
d = a + b - c
Output nilai d
Tamat

Mudahkan? Cuba dengan formulasi yang lebih kompleks. Bagaimana arahannya?

2 comments:

Anonymous said...

nak lagi senang guna flow chart. :)

Anonymous said...

nok lagi senang... jangan nok mule..
hehehe...