Tuesday, May 4, 2010

Kenali spreadsheet

Salam.

Spreadsheet. Merupakan perisian lembaran kerja, yang membolehkan proses hitungan dilaksanakan pada lembaran (sheet) tersebut secara WYSIWYG (What You See Is What You Get), atau 'as is'. Microsoft Excel dalam pakej Microsoft Office, atau OpenOffice Calc dalam pakej OpenOffice.Org, atau mana-mana perisian yang seangkatan dengannya.

Berbeza dengan kaedah hitungan atau programming lain, yang alkhawarizminya menjadi arahan belakang tabir yang tidak kelihatan pada pengguna, hitungan dengan spreadsheet adalah hitungan terus di mana arahan di situlah paparan, di mana input, di situ juga output. Tidak berlaku operasi belakang tabir yang merupakan standard perisian programming lain. Boleh juga nak jadikan ia belakang tabir, tetapi itu bukan default perisian spreadsheet.



Berikut adalah beberapa komponen penting pada spreadsheet:


(1) formula bar : medan paparan formulasi yang ditaip
(2) sel aktif : petak-petak ini dinamakan cell. Nama sel atau alamat akan dipaparkan di medan (4). Alamat sel A1 sebagai contoh di atas, merujuk lajur A, baris 1. Lajur ditandakan dengan huruf A, B, C.... manakala baris dengan tanda 1,2,3......
(3) sel-sel lain yang tidak aktif. setiap sel dinamakan/dialamatkan berdasarkan lajur dan baris.
(4) medan sel aktif: menunjukkan alamat/nama sel yang aktif (petak yang telah diklik)
(5) nama dokumen atau workbook.

Asas 

Spreadsheet adalah untuk fungsi hitungan. Itu asasnya. Hitungan pula melibatkan variable dalam hitungan contoh :  a + b - c = d

Bagaimana bentuk penggunaannya dalam spreadsheet?

Setiap sel dalam sheet, boleh dijadikan variable menggunakan nama sel berkenaan (lajur,baris).
Langkah 1: Tentukan sel-sel bagi input nilai a, b dan c. (contoh: C1, C2 dan C3) Tuliskan tajuk sel untuk memudahkan pengguna, seperti ayat 'masukkan nilai a di sini', contohnya. Lakukan sama untuk b dan c. Tajuk ditulis pada sel yang bukan sel input atau output.
Langkah 2: tentukan di sel mana jawapan (d) hendak dipaparkan. (contoh: C5)
Langkah 3: pada sel jawapan (d) (contoh C5), taipkan rumus di atas (a + b - c) dengan modifikasi variable kepada alamat sel, menjadi (= C1 + C2 - C3), di mana tanda '=' adalah wajib untuk permulaan setiap formula. Tekan ENTER apabila selesai, atau klik tanda (right) berwarna hijau.


Selepas itu, nilai 0 akan terpapar pada sel C5, jika tiada nilai pada sel-sel input C1,C2 dan C3.


Seterusnya masukkan nilai yang dikehendaki, yang hendak dihitung pada sel-sel input, dan anda dapat terus jawapannya setelah selesai.


Ubah nilai input, dan jawapan (output) berubah secara automatik. Itulah programming. Mudahkan. Sekarang cuba dengan formula yang lebih kompleks.... macam mana?

Jumpa lagi.

2 comments:

Anonymous said...

kao reti vlookup? aku dah buat byk kali tp tiap kali nak buat lagi mesti x reti.

atr said...

x pasti maksud diri nih.. nak test ke apa.. i'm not expert in that eh.. :)

BTW, vlookup memudahkan urusan hitungan melibatkan jadual/table. Dalam falak contoh untuk hitungan tarikh, yang menggunakan jadual.. useful function.