Wednesday, March 31, 2010

Programming

Salam Ukhuwwah. Hari ini trend Salam 1 Malaysia. Bagi saya yg daif ilmu ini, mungkin ia hanya adaptasi dari salam sejahtera. Maksudnya - selamat 1 Malaysia - oklah tu. Tak payah fikir jauh sangat. Nanti timbul perasaan meluat atau parah lagi, benci. Lebih teruk - marah. Perasaan marah tidak digalakkan bukan? Sebab marah - sekalipun benar - hanya merosakkan hati. Bila hati rosak, mulalah marah tidak bertempat. Lagi bahaya. Islam menggalakkan maaf, dan membimbing.. bukan menghukum. Membimbing itu susah, dan itulah dakwah.. Allah.. mohon hidayat.



Hari ini, dan seterusnya, ambe nak berbual mengenai perkara lain. Tetapi masih tidak lari dari aspek falak. 'Programming'. Pengaturcaraan. Dan ambe akan bawa pembaca mengenali pengaturcaraan, mengetahui dan seterusnya boleh mengaturcara sedikit (atau sebanyak) suatu sistem ringkas (atau kompleks) berkaitan falak. Post berikutnya akan bersandarkan butiran berikut:

  1. Perisian Aturcara : MS Excel (atau mana-mana kategori spreadsheet)
  2. Metod aturcara : built-in function dalam Excel
  3. Objektif :
    • Mempelajari asas aturcara komputer spreadsheet
    • Menghasilkan aturcara berkaitan falak/ibadat



Itu sahaja dahulu. Jika berminat, boleh respon.. lagi semangat ambe.. heheh

1 comments:

albelurani said...

minat3x... blog telah di linkkan ke albelurani.blogspot.com.

teruskan... agar bersemangat....

Related Posts with Thumbnails