Tuesday, February 9, 2010

Pergi Tidak Kembali

"Pergi Tidak Kembali"

Kali ni kita renung topik ini. Apa pun bunyinya, ia tetap berkait soal masa. MASA, DETIK, KETIKA, WAKTU. Semuanya berkait dengan suatu pergerakan sesuatu yang berbeza, tidak sama dengan antara satu detik lain, dengan suatu ketika yang lain. Perubahan ini, membolehkan hitungan masa dilakukan. Terbit terbenam dan sebagainya, adalah perubahan yang seragam, yang menjadikan masa yang kita hitung, juga seragam.



Merenung jam di dinding, jarumnya tidak pernah berhenti. Jika ia berhenti pun, kita tahu masa tidak berhenti, hanya jam itu berhenti.

Sekali jarum itu bergerak, ia tidak akan berundur kembali. Kecuali rosak. Itupun kita MESTI tahu, memang jam itu rosak. Hanya jam itu, bukan masa.

Pergi tidak kembali. Ahli falak seorang demi seorang pergi menemui Ilahi. Bukan soal pengganti. Tetapi soal status ilmu falak, yang masih baru sebenarnya pada masyarakat kita, walau mereka yang pergi dan tersohor namanya, lahirnya sebelum merdeka.

Ilmu Falak belum merdeka?

0 comments:

Related Posts with Thumbnails