Sunday, September 26, 2010

Nasib Tulisan Jawi

Bila pergi jalan-jalan, cuba-cubalah perhatikan sepanjang jalan, kiri dan kanan, pasti ada papan tanda pengenalan, premis perniagaan, pejabat kerajaan mahupun pusat khidmat awam, ada tulisan jawi walau hanya sebahagian, sekurang-kurangnya masih ada yang sayang, tulisan jawi masih diketengahkan, selalunya di baris permulaan, di atas sekali diletakkan.

Tapi sayang seribu kali sayang, dulu jawi begitu indah ditayang, tulisan cantik mata memandang, kini seninya sudah mula hilang, guna komputer tulisan sebarang, asal jadi tetap dipampang.



Tidak mengapa tulisannya biasa, tiada seni tiada rupa, tetapi kini lain nampak jadinya, bagai penulisnya ilmu tiada, bagai tiada kawalan pihak berkuasa, ia ditulis sesedap rasa, jawi lama bukanlah ia, jawi baru juga tidak serupa, mungkin kaedah terbaru konon adanya, menulis jawi kaedah rumi namanya, entah siapa pelopornya tidak pula mendapat berita.

Lihat saja beberapa gambar, di sini saya tunjuk beberapa lembar, ketawa boleh hingga bergegar, tapi fikirlah juga secara sedar, ini hanya sedikir terpapar, mungkin banyak terpapar di luar, cuma kita tidak sedar, atau anggap ia isu kecil benar.

Nama yang cantik, jadi baki duit
Arab kaedah rumi..
Ini lagi menarik.. tengok bawah
huruf baru ke?

2 comments:

zainuddinm said...

itulah hakikatnya sekarang, senang diambil susah dibuang, dulu diagung sentiasa ditatang, kini sepi pulang ke gagang.

AzizMostafa said...

Semakin Terancam?! Semarak Jawi
1. Membandingkan dengan Rumi, Jawi lebih indah, lebih mudah, lebih menarik.
Rumi = 26 +A+B+D+E+G+H+Q+R = 34 bentuk berdiri sendiri.
Huruf Arab + 6 Jawi - titik-2 = 17 bentuk yang manis + tari-menari.
http://typophile.com/node/76305
Tidak seperti Rumi, Jawi suka bercantum.
Hanya ekor perubahan seperti yang ditunjukkan di sini:
http://www.arabictypography.com/ani1.html

2. BM adalah bahasa fonetik, seperti Arab.
Cara terbaik adalah ditulis (dan dibaca) dalam Jawi
-
Tetapi kebanyakan orang Melayu + Indons tidak mengetahui.