Thursday, October 21, 2010

Light Pollution

Light pollution. Pencemaran Cahaya. Terdapat study berkaitan seperti di sini dan sini mungkin perlu diberikan perhatian, sebelum ia bertambah parah, berterusan tanpa dibendung.

Apakah tahap pencemaran cahaya di Malaysia? Saya tidak pasti tentangnya, kerana belum menemui study berkaitannya. Selepas ini mungkin jumpa. Namun sebelum ia semakin parah seperti di Eropah, sehingga muncul kempen ini.



Cegah sebelum parah. Malah beberapa gambar yang saya selongkar di internet, boleh menggambarkan situasi ini, jika tidak dikawal, suatu masa, generasi kita tidak sedar apa yang ada di langit malam, selain membazirkan wang rakyat untuk suatu yang tiada faedah, menyuluh langit. Ya.. pencemaran cahaya sebenarnya adalah penggunaan atau rekabentuk sistem cahaya yang menyuluh sesuatu yang tidak perlu (berlebihan) atau menggunakan kuasa cahaya yang berlebihan untuk menyuluh sesuatu yang sebenarnya cukup dengan kadar kuasa cahaya yang rendah. Jika peraturan penggunaan cahaya pada yang perlu sahaja, pada kadar kuasa yang sesuai sahaja dipakai, bayangkan berapa kadar penjimatan kerajaan, dan boleh digunakan untuk tujuan lain, atau jangka masa panjang.

Lihatlah beberapa gambar di bawah. Kredit gambar terpulang kepada pemunyanya.
di Eropah,


di Malaysia,




Cahaya masih perlu, untuk zon-zon keselamatan, tetapi jika prinsip menyuluh arah yang perlu, menggunakan kuasa yang perlu sahaja, pasti kita masih dapat langit yang indah, kesihatan yang lebih baik, walaupun mungkin tidak sebaik gambar di bawah.


Zulhijjah dah hampir. Selamat menunaikan haji.

No comments: