Salam.
Hari ini timbul soalan ini. Siapa? Malaysia dulu ke Arab Saudi dulu. M'sia maghrib lebih awal 5 jam, kenapa puasa/raya lambat dari Arab?
Hah.. macam mana?
1) Bermula bulan baru, dengan bermulanya maghrib, suatu yang berbeza.
Maghrib bermula dengan terbenamnya keseluruhan cakera matahari di ufuk Barat. Bulan baru bermula dengan kenampakan anak bulan (hilal).
2) Berlakunya ghurub matahari (sunset) dengan wujud/nampak anak bulan, berbeza.
Matahari terbenam di ufuk Barat kerana putaran Bumi pada paksinya, dari Barat ke Timur. Ini menyebabkan Maghrib M'sia lebih dahulu dari Maghrib Arab. Betulkah kenyataan ini? Ia betul jika merujuk kalendar Masihi, di mana M'sia berkongsi hari dengan Arab. Jika merujuk kalendar Hijrah global, Bulan baru bermula di garisan mana (atau negara mana) yang boleh nampak anak bulan ketika/lepas maghrib. Di situlah hari baru/bulan baru bermula. Ia diikuti oleh negara berikutnya, yang lebih ke barat dari garisan/negara mula-mula tadi, sehinggalah lengkap pusingan bumi di mana masuknya maghrib untuk hari berikutnya pada garisan/atau negara pertama tadi. Lengkaplah satu hari hijriyah. Masalahnya, kita guna hari ikut sistem Masihi. Itu yang buat kita keliru.
Justeru, jika anak bulan bermula kenampakan di Arab Saudi, hari baru/bulan baru bermula di Arab Saudi, diikuti Afrika, kemudian Amerika, seterusnya Jepun, kemudian Malaysia, dan seterusnya India. Oleh kerana M'sia mendahului 5 jam menurut sistem masa, bulan baru (1hb) hanya bermula di Malaysia 19 jam selepas Arab Saudi.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment