Tahun 2012 rupanya tahun yang amat mengujakan. Beberapa fenomena samawi dapat disaksikan dari Malaysia. Sebahagian telah berlalu, dan sebahagian hampir tiba.
1. Gerhana Matahari 21 Mei.
Gerhana Matahari Separa yang dapat disaksikan penduduk Sabah dan Sarawak ketika Matahari terbit pada 21 Mei. Ketika Matahari terbit di Semenanjung, gerhana telah tamat.
2. Gerhana Bulan Separa 4 Jun.
Kali ini penduduk Malaysia dapat menyaksikan Gerhana Bulan Separa (40%) pada 4 Jun ketika Bulan terbit kira-kira waktu Maghrib. Sudah semestinya Sabah dan Sarawak dapat melihatnya lebih awal, kerana gerhana ini telah berlaku sebelum Maghrib lagi. Fasa umbra tamat sekitar jam 8.06 malam, manakala fasa penumbra sekitar jam 9.20 malam.
3. Transit Planet Kejora 6 Jun.
Peluang yang kembali selepas 8 tahun (tahun 2004) pada 2012, sebelum berulang kembali sekitar 105 tahun (next gen!) akan datang. Planet Kejora (Planet Venus atau Zuhrah), melintasi Matahari dan dapat disaksikan apabila Matahari terbit pada pagi 6 Jun, hingga tamat lintasan pada kira-kira jam 12.40 tengahari. Sabah berpeluang menyaksikan fenomena ini lebih awal, mungkin daripada permulaan transit, kerana Matahari terbit lebih awal di sana. Nantikan dan saksikan fenomena yang hanya akan kembali 105 tahun lagi! AWAS! FENOMENA INI HANYA SELAMAT DISAKSIKAN MENERUSI PENAPIS KHAS MATAHARI!
4. Fenomena Planet Musytari "Ghaib" (Occultation of Jupiter) 12 Ogos.
Fenomena ghaibnya Planet Musytari (Jupiter) dijangka berlaku pada 12 Ogos. Fenomena ini bukan ghaib yang sebenar, tetapi merujuk kepada fenomena Bulan melintas di hadapan Planet Musytari. Disebut juga fenomena 'Hijab'. Saiz Bulan yang besar akan melindungi (menghijab) planet ini selama kira-kira setengah jam bermula jam 2.29 pagi, dan tamat pada jam 3.04 pagi. Menariknya, fasa bulan sabit yang memasuki fasa suku tua (membahagikan Bulan kepada zon gelap dan cerah), menyebabkan Planet Musytari seolah-olah ghaib ketika berada di sebalik zon gelap permukaan Bulan.
(Maklumat waktu fenomena berdasarkan Kuala Terengganu. Lokasi lain mungkin berbeza sedikit detik berlakunya. Harap maklum)
Allahu Akbar.
- Posted using BlogPress from my iPad
No comments:
Post a Comment