Thursday, February 23, 2012

Cerapan petang 23 Feb 2012

Petang ini, menyambung usaha semalam. Malas untuk pergi jauh, saya memilih lokasi yang agak strategik, tepi sungai. Ini menjadikan ufuk barat agak rendah berbanding lokasi lain. Lokasi terdekat dengan rumah, tepi Muzium Negeri, Kg Losong Feri. Lokasinya agak menarik untuk kaki pancing, tetapi petang ini tiada seorang pun memancing. Kenapa ya?




Cuaca agak berawan, tetapi matahari masih menyinar ketika ia semakin rendah. Tanda ada harapan. Seketika saya terkedu menyaksikan burung berterbangan pulang. Mujur sempat juga 'menangkap'.




Kesabaran menunggu membuahkan hasil. Alhamdulillah, akhirnya bulan sabit menunjukkan diri di celah awan.








Kita hanya merancang. Sesungguhnya perancangan Allah swt paling sempurna. Apa sahaja hasil usaha, terimalah dengan reda, dan syukur, kerana tidak semua beruntung seperti kita yang kadang kala terasa 'kurang beruntung'.

Saya masih berharap ada yang sudi berkongsi minat ini sekali sekala, agar lain kali tidak keseorangan ketika senja berlabuh, kelam bertandang.....

- Posted using BlogPress from my iPad
Location:Kg Losong Feri

Tuesday, February 21, 2012

My First Deep Sky Objects

Salam.

Setelah beberapa lama menggunakan DSLR (unmodified) ini, terasa juga untuk berbuat begitu (modify), tetapi tunggulah, sehingga habis warranty, atau dapat body lain. Elok begitu kan?

Apa pun, ia tidak menghalang untuk aktiviti rakaman deep sky, kecuali objek yang 'benar-benar deep', saya mencuba dengan objek di bawah ini dahulu. Hanya menggunakan single frame atau double frame setakat ini, rasanya hasilnya agak mengujakan as a starter. Sekurang-kurangnya saya boleh menunjukkan kepada anda bahawa pemilik DSLR boleh mencubanya, tanpa sebarang pengubahsuaian kepada DSLR kesayangan anda. Hanya tempat, masa dan cara yang betul. Saya tidaklah betul sangat untuk imej di bawah ini. Masih belajar juga. Inilah hasilnya untuk perkongsian bersama.

Kelihatan buruj Pari (Crux) di sebelah kanan, manakala Rigel Kentaurus adalah bintang cerah di kiri.

Bintang cerah di kanan adalah sebahagian Scorpius (tail).

Alhamdulillah, Allahu Akbar.

Monday, February 20, 2012

Burung Tiong

Salam.

Hari ini baru tau. Selepas selongkar maklumat sedikit. Dapatlah sedikit pasal spesis burung Tiong nih. Rupanya banyak spesis dia. Cuma namanya berbeza ikut tempat. Yang dapat saya rakam setakat ini (tanpa usaha sangat pun, kalau masuk hutan, tak tau lah.. ) adalah 3 spesis, di lokasi yang sama, tepi pantai.

1. Tiong Gajah (Indian Roller)
Spesis roller biasanya dirujuk sebagai 'kenari'. Tak tau orang teganu
panggil apa nama burung nih.. lum tanya..




2. Tiong Jambul Jawa (Javan Mynah)



3. Tiong Gembala Kerbau (Common Mynah)
ehheh.. baru tau..

Semalam dan hari ini

Salam.

Semalam. Jangan keliru dengan orang 'Teganu'. Kami menyebut semalam sebagai kelmarin (kemareng). Manakala kelmarin sebagai kelmarin dahulu (kemareng dulu). Biasanya bunyi 'k' tidak kedengaran, menjadikan sebutannya kedengaran 'mmareng'.

Tanpa disangka, pejabat saya disinggahi oleh bekas pelajar falak KUSZA, yang merupakan guru kelahiran pondok, pernah mengajar (dan belajar?) di Pondok Pasir Tumbuh, di selatan Thai, dan kini menjadi Mudir di Madrasah Darul Ulum, Lancang, Temerloh. Ada kisah menarik tentang tempat ini, baca di sini (BH 21 Jan 2012). Beliau sebenarnya kerap terlibat dengan aktiviti dan seminar falak seluruh Malaysia, termasuk di KUSZA@UniSZA sendiri.

Namun tujuan beliau semalam adalah untuk mengemaskini pengetahuan tentang dirisiap dan penggunaan teleskop beliau, maklumlah, kesibukan sebagai Mudir, menghalang beliau untuk kerap dan aktif menggunakan teleskop berkenaan.
Sekitar jam 3 petang, beliau dan anak muridnya bergerak pula untuk ke sebuah pondok berdekatan Bukit Jong, untuk menghantar muridnya mendalami ilmu tarannum dan marhaban.

Hari ini, pagi tadi, sempat juga menjengah ufuk timur, sekitar rumah menghalang cerapan lebih awal, kerana banyak pokok, cuma pagi tadi bulan sabit tua agak tinggi, tidak seperti esok pagi. Sempat juga merakam imej bulan fasa sabit tua.

 Dan seterusnya, ingin berkongsi beberapa maklumat bagi yang berminat, sempat 'menangkap' beberapa ekor burung.
kesepian
rilek dia
biasa tengok? gembala kerbau.
yang ini? gembala kerbau juga ke?
Seterusnya, objek lain sedikit.. hehe
tumbuh dua kali?
bakawali?
siapa le yg pi letak sini.. hehe
Allah Maha Mengetahui...