Tuesday, January 20, 2015

Pasca Banjir

Salam. Pasca banjir, atau sebutan biasa, selepas banjir. Sukar membayangkan lokasi yang terjejas teruk. Namun sesetengah lokasi, banjir berlaku tidak seiring dengan aras sungai. Ganjil bunyinya. Banjir kilat, atau banjir disebabkan sistem perparitan tidak mampu menampung jumlah air.

Pengalaman pada satu bangunan dengan atap jenis aliran 'gutter', mendapati atap selebar 15 meter persegi dengan paip alir keluar 4 unit x 5 inci saiz yang tidak tersumbat, masih gagal menampung aliran air hujan, hingga air bertakung membentuk 'kolam', seterusnya 'keluar' menerusi siling.

Maksud saya, kadar hujan di bumi Terengganu itu sebagai contoh, agak tinggi hingga memerlukan saluran tambahan. Jika melihat kes sama dalam skala lebih luas, tentunya sistem saliran yang lebih 'besar' diperlukan.

Saya bukan ahli bidang ini, cuma ingin kongsi problem dan solusi yg pernah saya lalui.

Terima kasih atas kesudian membaca. Wallahua'alam

Sunday, January 18, 2015

Comet

Sekarang ini masih boleh dicerap antara lepas maghrib hingga tengah malam.

Monday, December 22, 2014

Menjelang Rabiul Awal 1436

Salam pembaca budiman.

Safar 1436 ke penghujung. Maghrib nanti Rabiul Awal menjelma berdasarkan data berikut;


Menjelang maghrib nanti (22 Dis 2014), bersamaan akhir 29 Safar 1436, Hilal disabitkan wujud berdasarkan hitungan di atas yang menunjukkan ia "ada dan boleh nampak dalam keadaan biasa". Cerapan yang dilakukan adalah untuk pengesahan sebagai bukti "syahadah" bagi hitungan tersebut. Namun ketika ini, potensi untuk nampak adalah tipis disebabkan faktor cuaca yang "bukan dalam keadaan biasa". Bagi mereka yang berada di lokasi atau negara yang lebih barat dari Malaysia dengan cuaca yang lebih baik, peluang nampak adalah lebih cerah. Menjelang maghrib nanti, waktu tempatan anda, cuba perhatikan pada kedudukan seperti dalam rajah di atas. Hilal berada di sebelah kanan (sekitar 5°) dari tempat matahari terbenam, dan ketika maghrib, ketinggian Hilal sekitar 4°.

Bagaimana menentukan sudut 4° atau 5°? Gunakan jari tangan anda untuk mengukur. Luruskan lengan anda, ukur sudut seperti petunjuk rajah di bawah;


Selamat mencuba.