Saturday, December 6, 2025

Bicara Langit Dalam Hikmah Dan Hidayah

Bernaung di bawah langit yang luas, ilmu falak hadir sebagai penunjuk fikir dan penyuluh minat. Setiap gerak bintang membawa maksud yang halus, setiap lengkung bulan menyimpan isyarat, dan setiap sinar cahaya matahari mengalirkan semangat. Gerakan objek langit dengan rentak yang halus dalam hebat, membimbing hati mendakap erti akan rahmat dan berkat.

Falak dunia hisab dan cerapan, angka berubah menjadi nilai yang hidup dan padat. Sudut dan masa bertaut menjadi nadi yang menggerakkan maklumat, ibarat hela nafas yang teratur menghidupkan hikmat. Langit seakan berbicara, memanggil manusia membaca rahsianya dengan mata yang jernih dan jiwa yang kuat—lalu hati kembali segar menerima petunjuk dan hidayat.

Di perjalanan harian manusia, ilmu falak memberi arah, waktu, dan pedoman yang tepat. Dari terbit fajar hingga gelap malam, aturan langit tidak pernah tersasar walau sesaat. Memahami susunannya, kita berjalan lebih tertib, lebih selamat, dan lebih tekad. Ilmu ini terus hidup sebagai sahabat, yang mendekatkan kita kepada tertib alam yang tetap.

No comments: