Salam.
Hampir setiap hari melalui jalan dari Manir, Kuala Terengganu ke Merang, Setiu, membolehkan saya memerhati perubahan kepada beberapa sungai sepanjang perjalanan ini. Terkenang semasa kecil, sungai yang menjadi tempat permainan.
Melalui jalan yang sama semasa kecil, pada ketika ini, nyata sungai-sungai ini berubah juga. Dulu, saya boleh terjun junam, kepala ke bawah, terus ke dalam air, dan menyentuh dasarnya. Kini, terjun kaki ke bawah hanya menyebabkan kaki anda terbenam ke dalam pasir separas lutut. Airnya? hanya paras lutut. Saya semakin tinggi, atau air semakin rendah?
Sungai Terengganu yang melalui Manir, pernah naik hampir paras jambatan, kali pertama sepanjang saya melalui jambatan tersebut. Tetapi sepanjang tahun, dan setiap tahun, hanya perubahan warna air sahaja yang ketara, terutama di Sungai Nerus, berhampiran Pekan Batu Enam. Sungai lain, sesetengahnya hanya bagaikan parit kecuali musim tengkujuh, yang mengalir lebih banyak untuk sehari dua, selepas hujan lebat. Sesetengah laluan air ini telah dijadikan tapak perumahan, disebabkan asalnya hanya tanah pertanian, telah diubah kepada kediaman, tanpa menyedari status asalnya, tanah yang dinaiki air setahun sekali, yang menjadi tanah dinaiki air, lima tahun sekali, atau lebih lama, sepuluh tahun.
Apa yang boleh difikirkan, atau dirumuskan dari pandangan singkat ini, air semakin kurang, namun pertambahan penduduk sebaliknya. Kesannya, timbul isu kekurangan air. Yang dipersalahkan, pembekal air, tanpa menyedari, pembekal hanya peniaga yang mengalihkan air dari sungai, menapis, membersih, dan menyalurkannya kepada pengguna. Pengguna membayar harga pemprosesan, bukan penghasilan.
Perhatikan di sana sini, pengguna yang memusnahkan sumber ini, dan pengguna juga yang menerima kesannya.
Fikirlah.
- ATR
Saturday, April 2, 2011
Monday, March 21, 2011
Senja dan Fajar
Salam.
Kali ini saya mengajak pembaca untuk meneliti isu yang boleh anda telusur di internet melalui kata kunci 'syafak atau fajar saddiq' atau berkaitan. Saya tertarik untuk membawa perkara ini kepada anda kerana saya baru sahaja mendapat satu maklumat bahawa terdapat sesetengah daripada kita di Malaysia yang beranggapan bahawa waktu solat Isyak dan Subuh dalam takwim tidak tepat. Ada yang memberikan pandangan berdasarkan kriteria yang digunakan ISNA Amerika berkaitan Isyak dan Subuh. Ada pula berdasarkan pemerhatian atau cerapan yang dilakukan sekali atau lebih, mendapati Subuh lebih lewat (berdasarkan kenampakan cahaya fajar yang disaksikan sendiri) daripada yang terpapar dalam takwim.
Bagaimana?
Merujuk pembentangan oleh Dr Baharrudin UniSZA berkaitan isu Isyak dan Subuh, saya mendapat rumusan berikut;
-penentuan Isyak dan Subuh adalah berdasarkan kaedah yang digunakan oleh ulama muktabar melalui kitab sama ada edisi Melayu atau Arab.
-kebanyakan kitab falak menggunakan nilai sudut tunduk, atau altitud matahari bawah ufuk 17 darjah bagi Isyak dan 19 darjah bagi Subuh, melainkan Syeikh Tahir Jalaluddin dalam Pati Kiraan (1938) menggunakan sudut 18 bagi Isyak dan 20 bagi Subuh.
-Kelantan yang menggunakan nilai 17 dan 19 ini didapati mempunyai asas untuk menggunakan nilai ini berdasarkan kenyataan banyak kitab. Manakala nilai 18 dan 20 yang digunakan negeri-negeri lain, hanya mungkin berpandukan naskhah Pati Kiraan. Bagaimanapun Pati Kiraan sendiri menyatakan kadar tambahan 1 darjah sebenarnya adalah pembetulan ufuk.
-kaedah hitungan yang diamalkan sekarang telah mengenakan pembetulan waktu ihtiyati, yang jika menggunakan nilai pembetulan ufuk, maka ada dua kali pembetulan, berbanding kelantan, hanya satu pembetulan sahaja.
Apa itu sudut tunduk?
Waktu Isyak dan Subuh dihitung berdasarkan posisi matahari di bawah ufuk seperti rajah berikut:

matahari waktu isyak

matahari waktu subuh
Boleh dikatakan sudut yang standard telah ada, namun kadar sebenar altitud matahari bawah ufuk yang mewakili sudut ketika muncul fajar atau akhirnya senja, masih dalam kajian lanjutan bagi penggunaan di Malaysia.
Penggunaan altitud berdasarkan negara lain adalah kaedah yang tidak sesuai kerana lain negara lain kadarnya, terutama negara di latitud lebih tinggi.
Rumusannya, kaedah yang digunakan bagi menentukan waktu Isyak dan Subuh di negara ini masih berasas, dan sepatutnya tidak menjadi persoalan pihak tertentu. Pemerhatian sendiri tanpa ilmu yang jelas tentang kaedah yang sebenar, hanya membawa kita kepada kekeliruan yang lebih ketara. Justeru, syor saya, pelajari ilmu falak, supaya anda boleh melakukan kajian lanjut dengan kaedah yang lebih sesuai dan betul.

Friday, March 11, 2011
Berbahasa
Salam.
Di usia ini, saya masih lagi terkial-kial mencari susunan bahasa yang betul supaya ayat saya nanti adalah betul, maksudnya betul, dan mencapai maksud yang saya mahu. Itu termasuk juga menggunakan istilah yang betul. Harapan saya, sekalipun markah oleh guru bahasa tidaklah seratus peratus, tetapi biarlah maksud ayat tercapai, dengan markah lebih 50% tentunya.
Bagaimana? Dulu kamus bahasa dan istilah menjadi teman penulisan. Kini zaman online, segalanya hampir online. Terima kasih DBP yang menyediakan laman carian istilah, yang amat membantu saya.
http://prpm.dbp.gov.my

Sunday, February 13, 2011
Sistem Waktu Solat
Salam.
Lama tidak menulis. Saya tidak menjadikan blog ini seperti diari harian. Biarlah ia menjadi bahan bacaan ringan, walau sesekali mungkin agak berat. Maklum sahaja, topik Ilmu Falak. Kadang kala sukar untuk meringankannya. Habis ayat, kata orang.
Setelah meneliti beberapa bacaan ringan dalam internet, suka saya merujuk artikel ini http://www.syifa-alhidayah.com/coretan_list_one.asp?id=76 yang menceritakan mengenai solat Dhuha dan waktunya. Manakala solat sunat Isyraq yang menjadi amalan sejak zaman sekolah, walau tidak istiqamah, dengan beberapa pendapat mengenainya, tidak perlu saya perpanjangkan di sini, melainkan fokus perbincangan saya kali ini hanyalah tentang waktunya, bukan tentang hukum dan kaifiatnya.
Sistem waktu solat ini telah disentuh secara umum, atau secara lalu, di dalam artikel sebelum ini Barat atau Timur?. Cuma kali ini saya hendak perpanjangkan, atau perjelaskan lebih lanjut mengenai bagaimana sistem waktu ini disusun.

Subscribe to:
Posts (Atom)