Salam. Lama tidak menyapa.
Kanan. Dalam aspek ibadat, banyak juga yang melibatkan 'utamakan kanan' atau 'kelebihan kanan'. Malah mendahulukan kanan adalah sunnah, dan menjadi sunat. Aspek 'tertib' juga banyak melibatkan 'kanan'. Dalam perjawatan juga, 'kanan' adalah kelebihan pangkat berbanding mereka yang 'tidak kanan', walaupun tidak dinamakan 'kiri'.
Pemandu Malaysia juga berada di sebelah kanan. Sesekali kenderaan yang dibawa dari luar, mungkin kita 'tersentak' sekejap melihat kereta di depan tiada pemandu, sebelum kita perasan stiker 'left hand drive', kalau ada. Agak susah nampaknya bila melalui tol tanpa TnG atau SmartTag. Nasib baik ada anak kecil di sebelah, terkejut juga budak tol tu.. ingatkan pemandu bawah umur!
Mungkin aspek mendahulukan kanan inilah, menyebabkan pemandu Malaysia ramai yang terbiasa untuk berada di sebelah kanan, apabila memasuki atau menggunakan jalan empat lorong = dua lorong sehala. Melihatkan cara pemanduan yang begitu 'tertib' dan 'cermat' ketika menggunakan lorong 'kanan' inilah, saya membuat 'rumusan' bahawa mungkin mereka juga turut mengamalkan 'keutamaan' dan 'kelebihan' sebelah 'kanan' apabila berada di jalan raya. Pemandu berhemah bukan?
:-)