Sunday, March 4, 2012

Langkah

Salam.
Hari ini suka saya membicarakan tentang Hilal, atau Anak Bulan. Dan fokus saya adalah tentang tetapan "fokus" teropong jauh (teleskop dll.) pada Hilal. Ringkas cerita, berikut adalah langkah-langkah patut dalam melakukan cerapan Hilal;
1. Melakukan penjajaran Utara peralatan seperti teodolit dan teleskop.
2. Semasa tetapan tanda rujuk, teodolit biasanya difokus pada objek yang menjadi tanda rujuk, yang biasanya pada jarak 30-100 meter.
3. Teleskop pula biasanya difokus kepada Matahari atau planet, semasa penjajaran. Manakala penjajaran teleskop menggunakan objek rujukan bukan objek langit adalah termasuk kategori (2) di atas.
4. Sebelum memulakan penjejakan Hilal, langkah patut dilakukan adalah melaraskan fokus teleskop atau teodolit pada "infiniti" terbaik, dengan melakukan tetapan fokus pada objek langit (Matahari – menggunakan penebat, planet, bintang, awan jauh di kaki langit, dll) jika ada, atau fokus pada objek bumi yang jauh di ufuk (horizon).
5. Seterusnya barulah penjejakan Hilal boleh dilakukan. Gegelang fokus masih boleh diusik sedikit semasa penjejakan, namun jika gusar berlaku pergerakan yang besar, langkah (4) hendaklah diulangi.




- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: