Tuesday, September 29, 2015

Aplikasi Android Kiblat

Alhamdulillahi Robbil Alamin. Salawat dan Salam ke atas Baginda Nabi Muhammad dan Ahlil Bait.
Tulisan kali ini berkait dengan tulisan sebelum ini mengenai penggunaan peta Google untuk penentuan arah kiblat bagi mengelak penggunaan kompas yang kerap terkhilaf dek gangguan sekitar atau kaliberasi.

Untuk itu aplikasi untuk kegunaan teknikal penentuan arah kiblat dibangunkan. Aplikasi untuk kegunaan awam yang kurang arif aspek teknikal falak dan ukur turut dibangunkan.
Hasilnya, aplikasi pertama untuk orang awam sedia untuk dimuat turun dari Google Play Store. Penggunaannya mudah, hanya hidupkan gps, jalankan app, garis kiblat lokasi dipaparkan di peta. Lihat keliling, kenalpasti objek mudah dikenali, semak peta dan kenalpasti objek yg sama pada peta. Garisan arah objek dipapar bila ditekan (sentuh). Pegang gajet secara mendatar. Putar gajet untuk menjajarkan arah objek dalam peta dengan objek sebenar, dan garis arah kiblat turut dijajarkan ke arah yang betul.
Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play di sini.
Moga bermanfaat.
AT

0 comments:

Related Posts with Thumbnails