Salam.
Awal bulan hijriyah ditentukan berdasarkan hitungan posisi bulan dan matahari, bila mana pada ketika ghurub matahari petang 29 hb hijriyah, bulan berada pada ketinggian yang tertentu yang boleh disabitkan sebagai; (1) ada dan boleh nampak, (2) ada tetapi tidak boleh nampak, atau (3) tiada di atas ufuk (terbenam ketika atau sebelum matahari terbenam). Bagaimanapun, hari ke 29hb ini juga sebenarnya ditentukan berdasarkan rumusan hari ke 29hb bulan hijriyah sebelumnya. Maksudnya, sebagai contoh, 29 Rejab adalah berdasarkan tetapan yang dibuat pada 29 Jamadilakhir, yang juga berdasarkan tetapan pada 29 Jamadilawal, dan seterusnya, adalah langkah yang penting dalam penyusunan takwim.
Hari berlakunya ijtimak bulan dan matahari (conjunction of the sun and the moon) tidak boleh terus dijadikan hari ke 29. Ia langkah yang salah. Penggunaan kriteria kenampakan berlainan akan memberikan tarikh 29hb yang berbeza. Langkah terbaik adalah melalui hitungan satu atau dua bulan sebelum bulan semasa itu diketahui hari ke 29hb yang betul.
انتهى
3 comments:
Info tuan sampaikan sangat berkesan dan bermunafaat.
Saya juga ingin tumpang dan mohon izin di sini
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه.
Salam semua
Saya ingin menjemput pn ke group dhuyufurrahman bagi tujuan perbincangan tajuk di atas.
Berikut ini adalah link bagi group ضيوف الرحمن .
https://telegram.me/joinchat/A_Bh-z9tUmfKXRS2YYKIKg
Sila berikan link ini kepada mana2 ahli keluarga, sahabat/kenalan yg ingin bersama ضيوف الرحمن . Mereka hanya dapat join jika berada di telegram yg betul iaitu telegram v3.3.9 4.2* @ lagatgram 3.10.1*
Group hanya di buka kepada orang Islam sahaja dan mestilah berumur 18 ke atas. Bagi yg bukan Islam, mohon maaf.
Terima kasih kerana sudi bersama menyokong group ضيوف الرحمن kita ini.
#link
16dec
Post a Comment