14 Dis 2023 bersamaan 1 Jumadal Akhir 1445. Maka 29 Jumadal Akhir adalah bersamaan 11 Jan 2024. Berdasarkan tarikh ini, kita lihat peta kenampakan hilal dunia pada 11 Jan 2024 nanti. Peta ini dijana menggunakan sistem asas PHP dan masih berstatus prototaip (R&D). Penjanaan peta menggunakan julat latitud dan longitud setiap 1° dan tempoh penjanaan dilakukan adalah antara 2-5 saat bergantung kepada komputer dan server (internet).
Saya kira, memadai saya merujuk kepada nilai elongasi 6.4° (garisan lengkuk hijau) iaitu garisan minimum hilal boleh kelihatan. Rujukan kedua adalah tinggi 3° (zon warna silver), 4.3° (kuning) dan 5° (biru) yang berada sebelah kiri garisan lengkuk hijau. Berdasarkan rujukan-rujukan ini, hilal hanya boleh kelihatan bermula di benua amerika pada 11 Jan 2024, menjadikan tarikh 12 Jan 2024 adalah hari ke 30 bagi Malaysia.
Pada 12 Jan 2024 pula, hilal boleh kelihatan di kebanyakan negara sebelah timur kecuali beberapa negara di sebelah utara, iaitu zon warna merah dan zon tiada warna.
Kita lihat pula rajah kedudukan hilal bagi dua tarikh tersebut berdasarkan potensi kenampakan dari Malaysia.
11 Jan 2024 |
No comments:
Post a Comment