Apa salah fahamnya?
Anak bulan:
- anak kepada bulan yang kita tengok hari2 tu
- terbit bila matahari terbenam, terbit dari ufuk barat lak tu
- boleh muncul sebelum matahari terbenam, dengan kata lain, any time
- dan pelbagai lagi fahaman yang aku dah tak reti nak describe.
Sedangkan anak bulan itu adalah:
- Bulan dalam fasa sabit muda - paling muda, paling halus
- Boleh kelihatan ketika atau lepas matahari terbenam di ufuk barat. Ufuk barat. Bukan nampak kat ufuk timur waktu subuh - tu bulan tua.
Bentuknya juga tak de la lurus macam I atau I terlentang.
Halus je kan? Dah la tu, sukar nak bezakan kontras cahaya langit ngan cahaya bulan tu.
Bukan besar macam cerita Bawah Ketiak Isteri tu.
Itu bulan banyak hari, macam gambar di bawah ni.
Kan lain rupanya tu. Bentuk umum kat malaysia ni lebih kurang ni jelah, 'ra', 'ra' terbalik, atau 'ba'. Bukan C atau C terbalik. Itu negara lain. Dah cerita kat atas.