Thursday, December 4, 2008

Pasal anak bulan

Anak bulan. Ceritanya tak akan habis. Bila dah bergelumang (betui kat ayat ni) dalam dunia astronomi ni, barulah aku kenal apa itu anak bulan. Dan aku baru tahu salah faham umat pasal anak bulan nih.

Apa salah fahamnya?

Anak bulan:
  1. anak kepada bulan yang kita tengok hari2 tu
  2. terbit bila matahari terbenam, terbit dari ufuk barat lak tu
  3. boleh muncul sebelum matahari terbenam, dengan kata lain, any time
  4. dan pelbagai lagi fahaman yang aku dah tak reti nak describe.
Salah faham ini boleh dilihat dalam cerita katun Upin & Ipin - episod Anak Bulan. Juga boleh tonton Di Bawah Ketiak Isteri - Aidilfitri. Plot mula mula sekali, time kanak2 duk teropong anak bulan. Cantik je bentuk anak bulan tu hhehehe

Sedangkan anak bulan itu adalah:

  1. Bulan dalam fasa sabit muda - paling muda, paling halus
  2. Boleh kelihatan ketika atau lepas matahari terbenam di ufuk barat. Ufuk barat. Bukan nampak kat ufuk timur waktu subuh - tu bulan tua.
Bentuk dia tak lari sangat dari formasi macam gambar kat bawah, mudah sebut, macam huruf jawi 'ra', 'ra' terbalik, atau huruf 'ba'. Tapi bukan bentuk huruf C atau C terbalik. Tu bukan anak bulan. Tu bulan sabit dah 3 empat hari, itupun formasi macam tu hanya boleh kelihatan dari negara latitud tinggi macam Perancis, Norway dll.

Bentuknya juga tak de la lurus macam I atau I terlentang.

Halus je kan? Dah la tu, sukar nak bezakan kontras cahaya langit ngan cahaya bulan tu.

Bukan besar macam cerita Bawah Ketiak Isteri tu.

Itu bulan banyak hari, macam gambar di bawah ni.

Kan lain rupanya tu. Bentuk umum kat malaysia ni lebih kurang ni jelah, 'ra', 'ra' terbalik, atau 'ba'. Bukan C atau C terbalik. Itu negara lain. Dah cerita kat atas.


No comments: