Idul Adha telah berlalu. Jemaah haji juga sudah mula bertolak pulang secara berperingkat, seperti mana pemergian, begitulah pulangnya.
Bagi kita yang tidak ke sana, tentulah sebahagian telah melaksanakan ibadah korban, kambing, lembu, malah unta. Import khas untuk ibadah korban. Hebat.
Dalam perlaksanaan ibadah korban ini, sejak dari kecil, hinggalah sekarang, entah berapa kali melihat korban dilakukan, bukan seekor, bahkan pernah menyaksikan sehingga 7 ekor sehari. Pernah menyaksikan beberapa orang tukang sembelih, dan beberapa cara sembelih, kekal di ingatan. Bagaimana lembu direbahkan, ditarik, dilayan, sehingga disembelih. Terpulang kepada jenis perangai orang yang mengendali, kasar, keras, lembut, bersopan... Ada ke bersopan? Ada.. Tidak berkasar, kira bersopanlah. Nak lembut macam mana dah lembu tu berat. Cuma bahasa mudahnya, tidak nampak macam nak menyeksa, cuma nak betulkan kedudukan arah kiblat, posisi selesa, dan mudah untuk diurus. Itu sahaja kan?
Apabila menguruskan jumlah korban yang lebih dari satu, seeloknya dibersihkan (sekadarnya) kesan darah sembelihan sebelumnya. Kenapa? Berapa ramai orang yang 'ambil bahagian' boleh tengok darah. Saya yang selalu tengok pun rasa lain macam, inikan yang jarang, atau tidak pernah tengok. Orang yang ambil bahagian pula disunatkan tengok sembelihan dilakukan. Lagi lah..... Jika darah berkubang sebelum sembelihan... Lihat dua gambar di bawah di lokasi berbeza;
Gambar kedua adalah di lokasi yang dibuat khusus untuk kerja sembelihan. Gambar adalah lembu giliran ke-4. Lubang dibuat dengan paip aliran terus ke tangki buang (macam tandas). Sebelum ini, lubang atas tanah digali lebih kurang saiz yang sama, untuk elak darah mengalir. Bila selesai, dikambus lubang tersebut. Ia kelihatan lebih mudah mengurus posisi haiwan korban , mata pisau dan semburan darah, berbanding penggunaan 'bantal' dan 'kaedah pulas tengkuk'.
Moga Allah swt menerima haji mereka yang melaksanakannya, dan menerima korban mereka yang melaksanakannya....amiin..
- ATR
No comments:
Post a Comment