Salam.
Semalam. Jangan keliru dengan orang '
Teganu'. Kami menyebut semalam sebagai kelmarin (
kemareng). Manakala kelmarin sebagai kelmarin dahulu (
kemareng dulu). Biasanya bunyi 'k' tidak kedengaran, menjadikan sebutannya kedengaran '
mmareng'.
Tanpa disangka, pejabat saya disinggahi oleh bekas pelajar falak KUSZA, yang merupakan guru kelahiran pondok, pernah mengajar (dan belajar?) di Pondok Pasir Tumbuh, di selatan Thai, dan kini menjadi Mudir di Madrasah Darul Ulum, Lancang, Temerloh. Ada kisah menarik tentang tempat ini,
baca di sini (BH 21 Jan 2012). Beliau sebenarnya kerap terlibat dengan aktiviti dan seminar falak seluruh Malaysia, termasuk di KUSZA@UniSZA sendiri.
Namun tujuan beliau semalam adalah untuk mengemaskini pengetahuan tentang dirisiap dan penggunaan teleskop beliau, maklumlah, kesibukan sebagai Mudir, menghalang beliau untuk kerap dan aktif menggunakan teleskop berkenaan.
Sekitar jam 3 petang, beliau dan anak muridnya bergerak pula untuk ke sebuah pondok berdekatan Bukit Jong, untuk menghantar muridnya mendalami ilmu tarannum dan marhaban.
Hari ini, pagi tadi, sempat juga menjengah ufuk timur, sekitar rumah menghalang cerapan lebih awal, kerana banyak pokok, cuma pagi tadi bulan sabit tua agak tinggi, tidak seperti esok pagi. Sempat juga merakam imej bulan fasa sabit tua.
Dan seterusnya, ingin berkongsi beberapa maklumat bagi yang berminat, sempat 'menangkap' beberapa ekor burung.
|
kesepian |
|
rilek dia |
|
biasa tengok? gembala kerbau. |
|
yang ini? gembala kerbau juga ke? |
Seterusnya, objek lain sedikit.. hehe
|
tumbuh dua kali? |
|
bakawali? |
|
siapa le yg pi letak sini.. hehe |
Allah Maha Mengetahui...