Thursday, February 23, 2012

Cerapan petang 23 Feb 2012

Petang ini, menyambung usaha semalam. Malas untuk pergi jauh, saya memilih lokasi yang agak strategik, tepi sungai. Ini menjadikan ufuk barat agak rendah berbanding lokasi lain. Lokasi terdekat dengan rumah, tepi Muzium Negeri, Kg Losong Feri. Lokasinya agak menarik untuk kaki pancing, tetapi petang ini tiada seorang pun memancing. Kenapa ya?




Cuaca agak berawan, tetapi matahari masih menyinar ketika ia semakin rendah. Tanda ada harapan. Seketika saya terkedu menyaksikan burung berterbangan pulang. Mujur sempat juga 'menangkap'.




Kesabaran menunggu membuahkan hasil. Alhamdulillah, akhirnya bulan sabit menunjukkan diri di celah awan.








Kita hanya merancang. Sesungguhnya perancangan Allah swt paling sempurna. Apa sahaja hasil usaha, terimalah dengan reda, dan syukur, kerana tidak semua beruntung seperti kita yang kadang kala terasa 'kurang beruntung'.

Saya masih berharap ada yang sudi berkongsi minat ini sekali sekala, agar lain kali tidak keseorangan ketika senja berlabuh, kelam bertandang.....

- Posted using BlogPress from my iPad
Location:Kg Losong Feri

No comments: