Kali ini topik lain sikit. Topik perniagaan internet. Ada beberapa cara perniagaan internet. Antaranya adalah;
- Jualan e-book. Inilah yang paling banyak pada fikiran saya. Reseller e-book. Terutama e-book untuk cepat untung.
- Jualan barang terpakai atau baharu. Yang dikenali adalah MUDAH.MY, LELONG.MY dan EBAY.COM. Banyak lagi. Cukuplah 3 ni.
- Jualan barang melalui laman web persendirian. Maksud persendirian ini adalah melalui blog, facebook dan sebagainya. Bukan melalui cara no (2) di atas.
Membeli melalui jualan di internet memang mudah. Anda pesan, bayar dan tunggu pesanan tiba di alamat anda. Tidak perlu keluar. Harga biasanya lebih menarik berbanding di kedai. Kes di atas tidak akan berlaku (insya Allah) jika anda mengamalkan perkara berikut untuk membuat pembelian;
- Melalui mudah, lelong dan ebay, anda masih terdedah kepada penipuan jika anda tidak 'cakna' perkara berikut:
(a) lihat 'track record' penjual. Ia dinyatakan di laman lelong dan ebay. Lihat komen pembeli terdahulu. Hubungi penjual sehingga anda berpuas hati untuk meneruskan pembelian.
(b) Jika menggunakan ebay, anda membuat pembayaran menerusi www.paypal.com, dan polisi ebay dan paypal adalah, jika pembeli membuat aduan dalam tempoh tertentu, bayaran akan dipulangkan (Penjual hanya menerima pembayaran selepas tempoh membuat aduan tamat). Lelong menyediakan 'safetrade', namun tidak semua penjual menggunakannya.
(c)Menerusi mudah.my, polisinya agak terbuka. Anda perlu yakin kejujuran penjual sebelum meneruskan jualbeli. - Pembelian menerusi laman persendirian, termasuk blog atau 'e-dagang' sesebuah syarikat, segalanya terserah kepada anda untuk meyakininya. Sebaiknya lihat pendaftaran syarikat berkenaan dan apa cara lain yang boleh mengesahkan ia syarikat yang sah, atau individu yang jujur dalam jualannya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment