Saya bukan pakar pelaburan emas. Cuma berjinak-jinak dan belajar sedikit demi sedikit dari pakar-pakar dan rakan-rakan. Dalam belajar inilah, pelbagai isu keluar hari ini mengenai pelaburan emas. Apa yang saya faham, pelaburan emas ada beberapa cara:
- Beli emas fizikal (jongkong atau perhiasan), simpan/pakai dan jual bila harga tinggi (atau perlu duit... hehe) Keuntungan diperolehi berdasarkan kenaikan harga, atau pengekalan harga (dulu RM1000 boleh beli apa.. sekarang RM1000 boleh beli apa.. emas beli RM1000 dulu sekarang mungkin dah RM1500). Risiko? Faham sendirilah.
- Buka akaun emas di bank tempatan. Pun sama. Beli berapa gram mampu.. ada duit beli lagi. Bila perlu boleh ambil semula duit. Kadar RM ikut nilai harga emas. Macam no (1) cuma tak simpan emas fizikal. Risiko? Rendah. Simpanan dijamin - anda takkan ditipu.
- Trading Forex Emas. Ini pun lebih kurang aje dengan aspek BUY dan SELL. Cuma akaun anda dikendalikan oleh syarikat mana. Jika syarikat tersebut mengubah polisi atau menipu, adakah Bank Negara boleh mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut? Risiko? Terlalu tinggi. Ini belum mengambil kira aspek halal haram berkaitan.
- Skim Pelaburan Emas. Ini pun sama dengan no (3) di atas. Mana-mana syarikat yang menawarkan skim pelaburan melibatkan pengambilan deposit (bukan jual beli barang yang tertakluk di bawah akta lain) perlu berdaftar dengan BNM. Jika tidak, syarikat tersebut melakukan kesalahan jika transaksi itu dilakukan dalam negara. Risiko? Sangat tinggi. Sebarang perubahan polisi oleh syarikat, pembekuan aset, penipuan dan sebagainya, BNM atau kerajaan tidak dapat membantu.
Itu baru beberapa aspek yang saya baru belajar. Sapa sudi kongsi atau perbetul, saya persilakan. Dapat ilmu lagi.. terima kasih.
No comments:
Post a Comment