Pages

Thursday, February 23, 2012

Cerapan petang 23 Feb 2012

Petang ini, menyambung usaha semalam. Malas untuk pergi jauh, saya memilih lokasi yang agak strategik, tepi sungai. Ini menjadikan ufuk barat agak rendah berbanding lokasi lain. Lokasi terdekat dengan rumah, tepi Muzium Negeri, Kg Losong Feri. Lokasinya agak menarik untuk kaki pancing, tetapi petang ini tiada seorang pun memancing. Kenapa ya?




Cuaca agak berawan, tetapi matahari masih menyinar ketika ia semakin rendah. Tanda ada harapan. Seketika saya terkedu menyaksikan burung berterbangan pulang. Mujur sempat juga 'menangkap'.




Kesabaran menunggu membuahkan hasil. Alhamdulillah, akhirnya bulan sabit menunjukkan diri di celah awan.








Kita hanya merancang. Sesungguhnya perancangan Allah swt paling sempurna. Apa sahaja hasil usaha, terimalah dengan reda, dan syukur, kerana tidak semua beruntung seperti kita yang kadang kala terasa 'kurang beruntung'.

Saya masih berharap ada yang sudi berkongsi minat ini sekali sekala, agar lain kali tidak keseorangan ketika senja berlabuh, kelam bertandang.....

- Posted using BlogPress from my iPad
Location:Kg Losong Feri

Tuesday, February 21, 2012

My First Deep Sky Objects

Salam.

Setelah beberapa lama menggunakan DSLR (unmodified) ini, terasa juga untuk berbuat begitu (modify), tetapi tunggulah, sehingga habis warranty, atau dapat body lain. Elok begitu kan?

Apa pun, ia tidak menghalang untuk aktiviti rakaman deep sky, kecuali objek yang 'benar-benar deep', saya mencuba dengan objek di bawah ini dahulu. Hanya menggunakan single frame atau double frame setakat ini, rasanya hasilnya agak mengujakan as a starter. Sekurang-kurangnya saya boleh menunjukkan kepada anda bahawa pemilik DSLR boleh mencubanya, tanpa sebarang pengubahsuaian kepada DSLR kesayangan anda. Hanya tempat, masa dan cara yang betul. Saya tidaklah betul sangat untuk imej di bawah ini. Masih belajar juga. Inilah hasilnya untuk perkongsian bersama.

Kelihatan buruj Pari (Crux) di sebelah kanan, manakala Rigel Kentaurus adalah bintang cerah di kiri.

Bintang cerah di kanan adalah sebahagian Scorpius (tail).

Alhamdulillah, Allahu Akbar.

Monday, February 20, 2012

Burung Tiong

Salam.

Hari ini baru tau. Selepas selongkar maklumat sedikit. Dapatlah sedikit pasal spesis burung Tiong nih. Rupanya banyak spesis dia. Cuma namanya berbeza ikut tempat. Yang dapat saya rakam setakat ini (tanpa usaha sangat pun, kalau masuk hutan, tak tau lah.. ) adalah 3 spesis, di lokasi yang sama, tepi pantai.

1. Tiong Gajah (Indian Roller)
Spesis roller biasanya dirujuk sebagai 'kenari'. Tak tau orang teganu
panggil apa nama burung nih.. lum tanya..




2. Tiong Jambul Jawa (Javan Mynah)



3. Tiong Gembala Kerbau (Common Mynah)
ehheh.. baru tau..

Semalam dan hari ini

Salam.

Semalam. Jangan keliru dengan orang 'Teganu'. Kami menyebut semalam sebagai kelmarin (kemareng). Manakala kelmarin sebagai kelmarin dahulu (kemareng dulu). Biasanya bunyi 'k' tidak kedengaran, menjadikan sebutannya kedengaran 'mmareng'.

Tanpa disangka, pejabat saya disinggahi oleh bekas pelajar falak KUSZA, yang merupakan guru kelahiran pondok, pernah mengajar (dan belajar?) di Pondok Pasir Tumbuh, di selatan Thai, dan kini menjadi Mudir di Madrasah Darul Ulum, Lancang, Temerloh. Ada kisah menarik tentang tempat ini, baca di sini (BH 21 Jan 2012). Beliau sebenarnya kerap terlibat dengan aktiviti dan seminar falak seluruh Malaysia, termasuk di KUSZA@UniSZA sendiri.

Namun tujuan beliau semalam adalah untuk mengemaskini pengetahuan tentang dirisiap dan penggunaan teleskop beliau, maklumlah, kesibukan sebagai Mudir, menghalang beliau untuk kerap dan aktif menggunakan teleskop berkenaan.
Sekitar jam 3 petang, beliau dan anak muridnya bergerak pula untuk ke sebuah pondok berdekatan Bukit Jong, untuk menghantar muridnya mendalami ilmu tarannum dan marhaban.

Hari ini, pagi tadi, sempat juga menjengah ufuk timur, sekitar rumah menghalang cerapan lebih awal, kerana banyak pokok, cuma pagi tadi bulan sabit tua agak tinggi, tidak seperti esok pagi. Sempat juga merakam imej bulan fasa sabit tua.

 Dan seterusnya, ingin berkongsi beberapa maklumat bagi yang berminat, sempat 'menangkap' beberapa ekor burung.
kesepian
rilek dia
biasa tengok? gembala kerbau.
yang ini? gembala kerbau juga ke?
Seterusnya, objek lain sedikit.. hehe
tumbuh dua kali?
bakawali?
siapa le yg pi letak sini.. hehe
Allah Maha Mengetahui...

Saturday, February 18, 2012

Tipu -2


Carilah agen yang betul...





- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, February 17, 2012

Oh Tidak....




- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, February 15, 2012

Tipu

Salam.

Kali ini topik lain sikit. Topik perniagaan internet. Ada beberapa cara perniagaan internet. Antaranya adalah;
  1. Jualan e-book. Inilah yang paling banyak pada fikiran saya. Reseller e-book. Terutama e-book untuk cepat untung. 
  2. Jualan barang terpakai atau baharu. Yang dikenali adalah MUDAH.MY, LELONG.MY dan EBAY.COM. Banyak lagi. Cukuplah 3 ni.
  3. Jualan barang melalui laman web persendirian. Maksud persendirian ini adalah melalui blog, facebook dan sebagainya. Bukan melalui cara no (2) di atas.
Fokus saya adalah contoh kes dari keratan akhbar di bawah;
 Membeli melalui jualan di internet memang mudah. Anda pesan, bayar dan tunggu pesanan tiba di alamat anda. Tidak perlu keluar. Harga biasanya lebih menarik berbanding di kedai. Kes di atas tidak akan berlaku (insya Allah) jika anda mengamalkan perkara berikut untuk membuat pembelian;
  1. Melalui mudah, lelong dan ebay, anda masih terdedah kepada penipuan jika anda tidak 'cakna' perkara berikut:

    (a) lihat 'track record' penjual. Ia dinyatakan di laman lelong dan ebay. Lihat komen pembeli terdahulu. Hubungi penjual sehingga anda berpuas hati untuk meneruskan pembelian.

    (b) Jika menggunakan ebay, anda membuat pembayaran menerusi www.paypal.com, dan polisi ebay dan paypal adalah, jika pembeli membuat aduan dalam tempoh tertentu, bayaran akan dipulangkan (Penjual hanya menerima pembayaran selepas tempoh membuat aduan tamat). Lelong menyediakan 'safetrade', namun tidak semua penjual menggunakannya.

    (c)Menerusi mudah.my, polisinya agak terbuka. Anda perlu yakin kejujuran penjual sebelum meneruskan jualbeli.
  2. Pembelian menerusi laman persendirian, termasuk blog atau 'e-dagang' sesebuah syarikat, segalanya terserah kepada anda untuk meyakininya. Sebaiknya lihat pendaftaran syarikat berkenaan dan apa cara lain yang boleh mengesahkan ia syarikat yang sah, atau individu yang jujur dalam jualannya.
Jangan tertipu lagi.

Sekian.

Tuesday, February 14, 2012

Cloud Computing

I'm confused. Which one give the real meaning of "cloud computing". Huhu




- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, February 12, 2012

Racun

Menyaksikan siaran National Geographic, Discovery dan lain-lain siaran dokumentari tentang alam dan asal kejadian, rupa-rupanya saintis yang menyumbang kepada dokumentari berkenaan masih merupakan pendokong teori evolusi Darwinisme yang telah pun ditolak sebahagian besar saintis lain. Anda akan perasan beberapa istilah antaranya,

1. Mengkaji dinosaur boleh membantu mengenali asal usul kita.
2. Bagaimana haiwan berevolusi menjadi lebih baik berbanding dahulu.
3. Haiwan satu sel mungkin berevolusi membentuk haiwan baharu.

Itu hanya sebahagian, anda mungkin boleh senaraikan lebih lagi selepas menontonnya.

Isunya, apa fikiran anak kita? Apakah manusia purba masih wujud pada mereka? Atau itukah yang dipelajari dari teks sekolah? Apakah teks sekolah masih mendokong Darwinisme?

Tolonglah......


- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, February 9, 2012

ISS

Salam.

Petang semalam, terbaca mesej daripada founder Falak Online tentang ISS yang bakal melintasi langit Malaysia pada jam 7.37 malam. Tidak sempat untuk memaklumkan rakan yang lain, saya hanya sempat menyaksikannya dengan keluarga di hadapan rumah. Apabila ISS muncul di sebalik pokok (ufuk),dalam masa kurang dua minit sahaja, ia sudah berada di atas kepala. Alhamdulillah, sempat juga saya rakamkan untuk tatapan anda yang tidak sempat atau perasan kemunculannya. Petang esok (10 hb), jam 7.20 petang kurang lebih, ia akan muncul kembali, namun ketika itu langit lebih cerah berbanding semalam. Cubalah, kut berjaya jua.




Imej di atas adalab hasil stacking 26 keping gambar.


- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, February 8, 2012

Bulan

Salam.

Merakam imej Bulan menggunakan DSLR rupanya tidak begitu mudah. Akhirnya kita tetap perlu memproses imej tersebut menggunakan perisian pemprosesan foto. Berikut imej Bulan, dirakam ketika fasa selepas suku muda, dan imej Bulan ketika mengambang penuh. Imej ketika mengambang penuh, sukar untuk kelihatan struktur permukaannya berbanding ketika fasa sekitar suku muda atau suku tua. Justeru, untuk merakam imej Bulan dengan struktur yang jelas seluruh cakeranya, jurufoto perlu merakamnya hampir setiap hari ketika fasa berbeza.




Jom outing! Sapa nak ikut? :-)

Dahulunya.... 2

Salam.

Hari ini singgah di warung nasi lemak, sambil mendengar celoteh pelanggan lain. Di satu meja, empat warga emas sedang berbual tentang seorang rakan mereka yang lain, sesekali bercerita tentang kisah mereka dulu-dulu.. semasa muda...

1. Dia tu kalu tengok burung terbang, duk atas dahang, nye kelih dok kkelip. Kalu ulor mari kuk belakang patuk dok ssedor... haha 
(Dia tu kalau tengok burung terbang, duduk atas dahan, dia tengok sampai tidak berkelip mata. Kalau ular datang dari belakang patuk pun tidak disedarinya)

2. Dulu nok ada dua rial dalam poket susoh... nok bbuleh ke dua rial sakit...
(Dulu untuk ada dua ringgit dalam poket susah.. nak dapat dua ringgit memang sakit...)

3. Ari tu turun ke laut gagoh agi.. dakpelah kije teruk pung.. pahtu buleh dok setara mana pung.. doh benda muroh...
(Dulu turun ke laut masih gagah lagi.. tidak mengapalah kerja teruk pun.. dan dapat (ikan atau upah) tidak banyak mana pun... barang murah (masa itu) .. )

Mendengar dialog mereka, buat saya terfikir juga, betapa pandangan mata kita terhadap mereka (atau orang tua kita) ketika ini, apakah pandangan kita ini penuh hormat, sinis, atau tiada apa-apa... Sedangkan mereka sebenarnya sedang berehat setelah "keletihan mengharung ranjau" di awal usia.... Mungkin mereka jugalah yang sebenarnya "membersih ranjau sepanjang jalan" yang sedang kita lalui hari ini....


Allah...

Thursday, February 2, 2012

Tetamu

Sebenarnya sudah beberapa tahun tetamu ini bertandang ke rumah. Cuma kali ini, tetamu ini agak agresif, tidak mempedulikan tuan rumah, tidak takut langsung gayanya, malah tanpa ragu "bergaduh" sesama sendiri, mujurlah bukan di dalam rumah, bukan di halaman, tetapi di atas atap!!

Ini dia,














Spesis ini (lotong) jarang kelihatan kecuali di hutan, atau di zoo, tidak ku sangka, atas atap rumah!... Haiyya...jangan pecah atap sudah ler....


- Posted using BlogPress from my iPad