Monday, December 28, 2015

Kalkulator Posisi Hilal

Hilal Calc 3.0 sedia untuk dimuat turun dari Playstore. Versi pertama ini masih ada kelemahan. Nantikan versi selanjutnya dengan pelbagai pilihan kegunaan.

Berguna untuk jangkaan kenampakan dan aktiviti rukyah hilal.

Muat turun di sini.

Sunday, December 27, 2015

Selepas 24 jam

Lihat beza posisi dan ketinggian (altitude) bulan dari ufuk untuk tempoh 24 jam.

Friday, December 4, 2015

Pedoman Suria

Salam.

Selepas Easy Qibla yg mengandungi 3 kaedah penentuan kiblat, bertujuan mengelak kesan magnetik kompas yg adakalanya agak besar serongannya, saya perkenalkan Sun Compass versi android pula.

Sun Compass versi android ini boleh digunakan offline adalah lanjutan versi online dgn nama Pedoman Suria yg telah berfungsi lebih 10 tahun di web ini.

Semoga memudahkan dan bermanfaat. Hanya selarikan sisi gajet dengan bayang matahari dan tekan butang SET, kompas telah sejajar arah yg betul.

Tiada matahari? Sila gunakan app yg lain di atas. :)

Download Sun Compass here

Tuesday, September 29, 2015

Aplikasi Android Kiblat

Alhamdulillahi Robbil Alamin. Salawat dan Salam ke atas Baginda Nabi Muhammad dan Ahlil Bait.
Tulisan kali ini berkait dengan tulisan sebelum ini mengenai penggunaan peta Google untuk penentuan arah kiblat bagi mengelak penggunaan kompas yang kerap terkhilaf dek gangguan sekitar atau kaliberasi.

Untuk itu aplikasi untuk kegunaan teknikal penentuan arah kiblat dibangunkan. Aplikasi untuk kegunaan awam yang kurang arif aspek teknikal falak dan ukur turut dibangunkan.
Hasilnya, aplikasi pertama untuk orang awam sedia untuk dimuat turun dari Google Play Store. Penggunaannya mudah, hanya hidupkan gps, jalankan app, garis kiblat lokasi dipaparkan di peta. Lihat keliling, kenalpasti objek mudah dikenali, semak peta dan kenalpasti objek yg sama pada peta. Garisan arah objek dipapar bila ditekan (sentuh). Pegang gajet secara mendatar. Putar gajet untuk menjajarkan arah objek dalam peta dengan objek sebenar, dan garis arah kiblat turut dijajarkan ke arah yang betul.
Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play di sini.
Moga bermanfaat.
AT

Monday, September 7, 2015

Kenali Kereta Anda

KENALI KERETA ANDA:
Hari ini di kawasan parking, untuk kali ke entah berapa,  telah bantu seorang kakak yg telah menghidupkan kereta kancilnya, tetapi alarm berbunyi. Beliau tidak guna alarm pun, malah dah lama tidak bawa remote. Aku pun tidak pasti kenapa berbunyi. Aku hanya tekan satu butang kecil bawah laci dashboard, suruh beliau masukkan kunci, dan hidupkan enjin, dan  aku lepaskan butang bila alarm 'diam'. Itu cara override alarm. Banyak kereta ada butang ini dan biasanya tersorok sedikit. Sayangnya, banyak kereta model baru tiada butang override ini, jadi perlu cari bateri remote baru jika masalah ini berlaku. Kenali kereta anda dan elakkan masalah yg mungkin kecil jika anda tahu.

Tq

Sunday, June 28, 2015

Terima Perbezaan

Salam.
Ramadan Kareem.

Salawat dan salam ke atas Baginda Nabi s.a.w. dan keluarga.

Selalu membaca penulisan mereka yg ahli dalam pemikiran dan falsafah kehidupan. Selalu juga membaca ungkapan "terima perbezaan".

Ungkapan "terima" adalah suatu yg sukar adakalanya. Terutama melibatkan "perbezaan". Yg mudah adalah suatu yg selari dgn hasrat dan kepercayaan kita.

"Perbezaan" yg datang dgn dalil syarie, mesti diterima. Perbezaan yg bersifat alternatif atau opsyen, terima yg paling sesuai.

Tapi kita lebih suka menerima opsyen yg kita sememangnya sudah 'terima' awal2 lagi. Lalu kita "mahu" ulama berfatwa begini begitu. Kita "mahu" kerajaan berbuat begitu begini. Kita "mahu" pakar bertindak atau beri pendapat begitu begini. Bila tidak seperti yg kita "mahu", ulama itu kita tolak, kerajaan itu kita desak, pakar itu tidak bijak.

Terima perbezaan. Sekalipun berbeza dgn ilmu kita, suatu opsyen perlu diterima dgn jiwa terbuka. Jika kita bukan pakar, lagilah.

Yg fakir menulis.

Monday, April 6, 2015

Kaedah Mudah Menentukan Arah Kiblat

Salam.

Pembaca yang budiman,

Untuk ke sekian kali, saya bincangkan semula tajuk Menentukan Arah Kiblat. Setelah mengendali beberapa kursus Arah Kiblat di beberapa negeri, saya cuba permudahkan beberapa kaedah supaya sesuai dengan tahap dan keupayaan orang awam pada aspek kemudahan dan peralatan yang ada pada mereka.

Keutamaan orang awam adalah menentukan Arah Kiblat di premis kediaman mereka sahaja, atau surau persendirian di pejabat, sebagai contoh. Justeru, mereka tidak memerlukan tindakan pihak berkuasa untuk menanda, atau menggunakan alat yang mahal.

Sayangnya, punca masalah kepada kegusaran tentang ketepatan Arah Kiblat adalah penggunaan kompas biasa, atau perisian kompas dalam smartfon. Kompas, adalah alatan magnetik yang mudah menerima kesan atau gangguan magnetik persekitaran. Ini menyebabkan kompas gagal menunjukkan arah yang betul terutama bagi penggunaan "indoor".

Untuk menyemak ketepatan kompas anda, atau untuk menentukan Arah Kiblat tanpa menggunakan kompas, sayugia saya cadangkan satu lagi kaedah yang mudah, sesuai untuk kegunaan awam sahaja. Kaedah ini tidak memerlukan sebarang hitungan dll.

Begini;

1) dapatkan sehelai kertas, atau kadbod. Kertas A4 biasa sudah memadai.
2) pergi ke masjid terdekat dengan kediaman atau lokasi anda pada waktu siang.
3) lihat bayang matahari pada tiang/dinding tegak atau tingkap/pintu masjid tersebut.
4) jajarkan satu sisi kertas dengan Arah Kiblat masjid. Pastikan bayang tiang melalui kertas tersebut. Buat garisan lurus yang mewakili garis bayang. Tandakan sisi kertas yang mewakili Arah Kiblat. Tulis waktu tandaan. Contoh jam 10.00 pagi.
5) sekarang, pada kertas anda, ada satu sisi yang mewakili Arah Kiblat dan satu garisan mewakili arah matahari. Tandakan arah dalam bentuk anak panah.
6) seterusnya, kembali ke lokasi anda. Anda hanya perlu tunggu keesokan hari, pada waktu yang sama, contoh jam 10 pagi, lihat bayang dinding/tiang/tingkap/pintu tegak rumah atau premis anda, dan selarikan garis bayang matahari sama seperti bayang di masjid (jangan terbalik arah). Sisi kertas Arah Kiblat akan selari dengan Arah Kiblat sebenar.
7) jika tandaan mahu dilakukan pada hari yang sama, waktu tandaan di masjid hendaklah sekitar setengah jam hingga sejam selepas Waktu Syuruk tempatan (pagi), atau dua jam hingga satu setengah jam sebelum Maghrib (petang). Kemudian kembali segera ke lokasi anda, buat tandaan arah dengan cara yang sama. Sela masa, atau tempoh antara tandaan di masjid dengan premis anda hendaklah dalam lingkungan setengah jam. Lebih cepat lebih baik.

(Kaedah 7 adalah disebabkan arah posisi matahari tidak banyak berubah dalam tempoh tersebut)

Allahumma. Moga bermanfaat.





Tuesday, January 20, 2015

Pasca Banjir

Salam. Pasca banjir, atau sebutan biasa, selepas banjir. Sukar membayangkan lokasi yang terjejas teruk. Namun sesetengah lokasi, banjir berlaku tidak seiring dengan aras sungai. Ganjil bunyinya. Banjir kilat, atau banjir disebabkan sistem perparitan tidak mampu menampung jumlah air.

Pengalaman pada satu bangunan dengan atap jenis aliran 'gutter', mendapati atap selebar 15 meter persegi dengan paip alir keluar 4 unit x 5 inci saiz yang tidak tersumbat, masih gagal menampung aliran air hujan, hingga air bertakung membentuk 'kolam', seterusnya 'keluar' menerusi siling.

Maksud saya, kadar hujan di bumi Terengganu itu sebagai contoh, agak tinggi hingga memerlukan saluran tambahan. Jika melihat kes sama dalam skala lebih luas, tentunya sistem saliran yang lebih 'besar' diperlukan.

Saya bukan ahli bidang ini, cuma ingin kongsi problem dan solusi yg pernah saya lalui.

Terima kasih atas kesudian membaca. Wallahua'alam

Sunday, January 18, 2015

Comet

Sekarang ini masih boleh dicerap antara lepas maghrib hingga tengah malam.