Tuesday, June 19, 2012

Teleskop untuk mencerap Hilal

Salam.

(Bacaan berikut adalah untuk rakan yang telah mempelajari asas Falak dan teleskop penjejak. Harap maklum)

Semenjak 'dua menjak' ini banyak model teleskop penjejak otomatik memasuki pasaran, namun tetap daripada pengeluar yang sama juga. Kelainan model dan keupayaan. Bagaimanapun, untuk mencerap Hilal, kebanyakan model baharu ini masih mengekalkan 'setting' yang sama, atau sedikit 'upgrade'. Langkah penjajaran berikut adalah selepas kakitiga (tripod) telah didirisiap dengan betul dan aras. Finderskop juga perlu dijajarkan sebelum langkah berikut ini.

1. Untuk mencerap Hilal, pencerap mesti sedar bahawa cerapan dilakukan ketika hari masih terang. Menjelang Maghrib, teleskop sudah bersiap sedia. Bermakna, 'setup' teleskop dilakukan ketika langit hanya mempunyai sebutir bintang, iaitu Matahari. Jika bernasib baik, mungkin sebutir bintang cerah yang lain turut menunjukkan diri, biasanya bintang Sirius. Itupun sekitar setengah jam sebelum Maghrib. Pilihan 'setup' yang ada adalah '1 star alignment', jika ada. Jika hanya ada Matahari, model yang membenarkan 'solar system alignment' memudahkan 'alignment' atau penjajaran dilakukan, dengan memilih planet cerah seperti Venus atau Mercury, atau Jupiter, jika ada. Jika pilihan 'Sun' sebagai objek jajaran (alignment) dibenarkan, lagi mudah proses jajaran itu. Jangan lupa penapis solar, bahaya tu. Jika tiada penapis, bagaimana? Pilihan yang ada adalah menggunakan kaedah 'projection' Matahari pada kertas. Seperti gambar di bawah.




Letakkan kertas pada jarak sesuai, dan fokuskan. Cara selamat melihat Matahari.

2. Kebanyakan model tidak menyenaraikan Matahari sebagai objek cerapan disebabkan polisi untuk tidak membahayakan pengguna. Ini menyukarkan sedikit proses alignment teleskop. Anda perlu menggunakan apa-apa perisian Astronomi yang boleh menerbitkan data efemeris Matahari (dan Bulan). Data diperlukan adalah RA dan Dec. Juga data Altitud dan Azimut. Keluarkan data untuk masa proses alignment dilakukan, contohnya antara jam 6 hingga 7 petang. Contoh menu: Skrol menu arahan, pilih User Object. Kemudian pilih tambah (Add) atau Insert. Menurut model teleskoplah. Masukkan data RA dan Dec Matahari contohnya, untuk masa beberapa ketika (minit) ke depan. Bukan masa sekarang (now) atau yg lepas. Apabila tiba minit tersebut, tekan Enter atau View object tadi, supaya teleskop bergerak ke arah sudut data Matahari yang dimasukkan. Teleskop mungkin tidak menghadap ke arah Matahari dengan betul, tetapi bacaan sudut adalah sama dan betul. Buka kunci gerak paksi sangga (mount) teleskop, halakan teleskop ke arah Matahari dengan betul, dan kuncikan semula. Sekarang, hala teleskop dan bacaan data telah sejajar. Semak dengan menjejak beberapa objek lain yang mungkin kelihatan, atau objek di Bumi yang jauh di ufuk, yang anda tahu arah Alt dan Azimutnya. Jika penjajaran telah sempurna, barulah cerapan Hilal boleh dimulakan. Jika teleskop tidak membenarkan cerapan Hilal (Moon) yang hampir dengan Matahari, anda boleh gunakan data efemeris Bulan dan menggunakan 'User Object' sebagai kaedah 'override' kekangan tersebut.




- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: