( Mohd Nor Mamat - UiTM)
Berita (news) selalunya menumpu kepada suatu yang baru (new) bagi menarik pembaca (sebab ia dipanggil 'news'). Tidak kira media perdana atau tabloid (selalunya). Media sosial juga tidak terkecuali, pun ada 'media perdana', ada tabloid dan pihak ketiga - pihak atau individu yang 'suka-suka' atau 'berkepentingan', termasuk pihak/individu yang suka 'menjadi pendahulu' atau 'pemberita terawal'.
Kematangan kita, ilmu kita perlu menjadi 'penapis' kepada 'berita baru' (news) ini, dengan meneliti sumber berita itu adalah;
- kumpulan ramai individu atau banyak pihak yang berhati-hati dan boleh dipercayai, atau
- seorang individu atau satu pihak yang berhati-hati dan boleh dipercayai, atau
- kumpulan/individu/pihak yang tidak berhati-hati hingga tidak boleh dipercayai.
Langkah awal menilai suatu berita adalah 'mengenali sumber'. Sumber 'tidak dikenali' perlu disenaraikan sebagai sumber ke-3. Sekalipun kandungan beritanya memetik 'sumber yang dikenali'. Kandungan berita dengan pemberita adalah berbeza. Apabila berita yang sama dibawa oleh 'orang lain yang dikenali', maka sumber 'tidak dikenali' tadi boleh dianggap dikategori pihak ke-2 atau ke-1.
Sikap kita, tindakan kita yang betul in-sya Allah boleh memastikan hanya berita yang 'authentic' sahaja tersebar. Biarlah kita mendiamkan berita benar, daripada menyebarkan berita tidak benar. Ia lebih baik untuk maslahat umat Islam.
Belajar berilmu.
No comments:
Post a Comment