Wednesday, November 5, 2014

Celestron Power Tank

Salam.

Tulisan kali ini sedikit berbeza, tetapi masih dalam ruang lingkup aktiviti falak. Tujuan kali ini untuk berkongsi pengalaman penulis menggunakan bateri mudah alih Celestron Power Tank 17 seperti gambar di bawah.

Alat milik UniSZA ini amat berguna untuk aktiviti luar disebabkan pelbagai fungsi yang ada padanya. Ketahanan bateri juga cukup memuaskan apabila membolehkan penggunaan teleskop kecil/sederhana beberapa kali seminggu dengan setiap sesi penggunaan lebih 2-3 jam, tanpa perlu cas semula setiap kali. Baru-baru ini, disebabkan tempoh cas semula yang jarang dilakukan, menyebabkan bateri ini telah mengalami 'full discharge'. Betul-betul kosong. 

Apabila cubaan mengecas semula dilakukan dengan pengecas dibekalkan, powertank ini bertindakbalas - serentak dengan bunyi 'klik', lampu indikator merah tanda sedang dicas juga padam serta merta. Bila ulang langkah di buat - tutup suis, OFF butang merah (ON-OFF-CHA). Hidupkan suis, tekan butang merah kepada CHA, lampu indikator charging menyala sekejap, dan padam serentak dengan bunyi 'klik'. Usaha mengecas gagal, walau diulang berkali-kali langkah di atas.

Setelah diteliti menerusi forum dan pelbagai sumber, diketahui bahawa powertank ini mempunyai sistem 'halangan atau penyekat' (istilah penulis sendiri) apabila cubaan mengecas dilakukan apabila keadaan 'fully discharge'. Alat ini memutuskan litar input caj 15V disebabkan ia 'menganggap input power terlalu tinggi'. Mengecas dengan pengecas 15V dibekalkan tidak akan berhasil. Ia bukan rosak. Berikut cara mengatasinya.

1. Cas semula bateri ini memerlukan kaedah 'deep cycle charging'. Anda memerlukan 'deep cycle charger' untuk melakukan proses ini. Carilah pada mana-mana pembekal atau kedai elektronik.

2. ATAU - anda boleh melakukan 'deep cycle charging' secara manual. Begini. Dapatkan transformer multi voltage, di kedai biasanya membekal voltan dari 3V hingga 12V. Seperti imej di bawah.

3. Setkan butang merah pada CHA. Setkan kuasa voltan pada 9V. Jika gagal (lampu merah padam dan bunyi klik) setkan pada voltan lebih rendah - 7.5V atau 6V. Biarkan ia 'charging' beberapa jam.

4. Naikkan voltan satu 'step' lebih tinggi. Biarkan beberapa jam. Ulang langkah di atas beberapa kali hingga mencapai voltan 12V dan lampu merah tidak padam. Biarkan beberapa jam. 

5. Cuba dengan pengecas asal 15V dan bila lampu merah 'charging' tidak padam, usaha anda berhasil. Powertank anda boleh terus dicaj seperti biasa,

6. Pastikan anda mengecas powertank anda selepas digunakan. Jangan tunggu hingga ia 'habis' atau 'fully discharge' kerana anda terpaksa melakukan langkah di atas sekali lagi. Jika masih gagal mengecas, powertank anda mungkin telah 'kong'.

Moga bermanfaat.


2 comments:

mymoon said...

Bateri ini suka kalu sentiasa berkeadaan full charge. Oleh itu bila lepas guna charge sampai penuh. Kalu hendak di simpan charge penuh dulu dan top up dalam sebulan sekali. InsyaAllah bateri tahan lama.

Kalu kong jual casing ke saya. Saya collect casing.

mymoon said...

Oh ya satu lagi charger tu pilih lah yang ada reverse terminal dan shortcircuit protected. Juga current limit 2A. Bateri tak suka fast charger. Kepanasan menyebabkan umur pendek.

Selamat mencerap. Clear skies