Pages

Wednesday, July 21, 2010

Expedisi Rukyah Hilal Syaaban 1431 di Pulau Perhentian

12 Julai 2010, bersamaan 29 Rajab 1431, merupakan hari yang bersejarah, jika mahu dicatat begitu.. hehe.. kerana ia disertai sebilangan besar pegawai Unit Falak Jabatan Mufti seluruh Malaysia. Sekalipun rukyah tersebut tidak berhasil kerana faktor awan tebal di ufuk Barat setinggi 5 darjah arka, penulis tetap sedia melahirkan kekaguman terhadap komitmen pegawai-pegawai ini yang tidak dapat penulis sebutkan atau paparkan seorang demi seorang di sini, namun cukuplah dengan mengatakan ia melibatkan semua sekali yang hadir, mahupun yang tidak hadir kerana mereka diperlukan melakukan rukyah di tempat masing2.


Pengalaman tersebut penulis rakamkan sebagai kenangan sepanjang hayat, bahawa penulis mendapat peluang baik untuk bersama dengan pegawai2 yang sudah boleh diakui sebagai ahli falak. Usaha dan semangat mereka melalui jabatan masing2 mengembangkan ilmu falak wajar dipuji. Jika dikatakan ia kerana tugas jawatan, namun tanpa semangat dan kemahuan, malah mungkin sedikit keseronokan (saya suka kerja ini), tugas berkenaan tidak mungkin dapat disempurnakan, kerana ia berkait dengan kemahiran.

Untuk kemahiran yang penulis dapat saksikan semasa expedisi tersebut, syabas tuan-tuan. Moga berpeluang lagi.. best gak.. hehe.


3 comments:

Anonymous said...

dialog untuk gambar pertama..." ape punye filter ni...x muat la..."

Anonymous said...

jurufoto jawab: jari besar sangat kut

Anonymous said...

mamat jari besar jawab: nasib badan ler..dapat barang rosak...