Pages

Monday, December 12, 2011

Sekeliling kita

Salam.

Bukan selalu kita melihat sesuatu yang menarik, dan dapat merakamkannya untuk tatapan kemudian. Bermula di dalam rumah, melihat labah-labah kecil membina sarangnya.

Melihat ke luar rumah, terpandang pokok ini. Tunas baharu yang telah menjadi dahan, berakar...
Kenapa agaknya ya? Luaskan pandangan, barulah nampak....
Rupa-rupanya, kulit batangnya telah dibuang, untuk mematikan pokok ini. Hendak ditebang, susah, kerana takut menimpa rumah sebelah, atau rumah kita, lalu ini adalah antara cara yang dibuat orang. Tukang 'tutuh' dahan pun 'dah takde'. Dahannya akan kering dan gugur sedikit-sedikit. Tapi yang ini berakar pula. Tidak sabar menunggu kesudahannya...
Paling menarik antara semua ini, keluar ke Pulau Kambing (pekan di tepi Sungai Terengganu) ternampak 'objek' ini. Terbayang filem 'War Of The World'.. hahaha.. Bab ini 'tak sekolah'.. jadi saya tidak tahu apa 'makhluk' ini. Siapa tahu? Melalui Jambatan Sultan Mahmud dari Kuala Terengganu, anda akan nampak 'makhluk' ini di sebelah kanan.
Berehat seketika semasa mencerap gerhana Bulan di Masjid UniSZA, ternampak 'makhluk' bernama musang ini, sedang 'bermain-main'
Dan ketika melihat itu, apa di fikiran kucing ini?




 Akhir sekali, kisah lalat dan belalang yang tidak diketahui. Maklumlah.. tak mampu nak mengekori 'mereka' ini...





2 comments:

nafiri said...

'Makhluk' dalam air itu ialah sangkar ikan..milik Sumai engineering kalau tak silap..dorang tak pindah2 lagi ke lokasi sebenar..

ATR said...

Timasih.. Memang sangkar ikan rupanya... Akan di bawa ke laut untuk pemasangan seterusnya... Cuma takleh bayang camna nak hantar makhluk ni ke laut...heheheh