- Isu gender dalam buku kanak-kanak dalam skop dunia Barat tidak sama dengan skop Malaysia (tidak relevan). Tidak timbul konsep 'wira' atau gender dalam buku awal kanak-kanak kerana pembaca pada usia itu tidak tahu konsep wira. Mereka hanya tahu apa yang ada di persekitaran masing-masing.
- Buku awal kanak-kanak adalah bersifat fakta, misalnya mengenal tubuh badan, ABC atau 123.
- Ketaksamaan gender wujud dalam skop Bahasa Inggeris yang sangat kecil, yang hanya terhad kepada kata ganti nama diri ketiga "he, she, they dan we".
- Dalam Bahasa Melayu ada kata ganti diri "dia" yang tidak menunjukkan gender.
- Rata-rata kisah di Barat adalah mengenai pencarian seorang wanita mencari cinta sejati lelaki yang kacak dan putera raja.
- Di Malaysia, ada watak perempuan yang jauh lebih hebat - Bawang Putih Bawang Merah, Puteri Gunung Ledang, Puteri Santubong, Puteri Saadong dll. dengan mesej yang jauh lebih baik daripada kisah Barat.
- Dua jenis buku kanak-kanak - Buku berillustrasi dan buku bergambar.
- Ibu bapa perlu memilih buku yang seimbang dengan illustrasi/gambar, bukan teks semata untuk kanak-kanak.
- Buku kanak-kanak sejak lahir hingga 4 tahun : buku konsep 'maujud' - fakta dan peristiwa sekeliling - buku illustrasi.
- Kanak-kanak 5 - 6 tahun : Buku bergambar untuk mengekalkan minat kanak-kanak pada buku.
p.s. - Saya sendiri mengaku kurang memberi tumpuan kepada perkara ini dalam memilih buku untuk anak-anak, dan berdasarkan bacaan di atas, ada kesilapan dalam memilih buku yang betul untuk anak-anak. Moga penulisan ini dapat membantu saya dan anda dalam mendidik anak-anak dengan memilih buku yang betul.
- Jom, kedai buku...
No comments:
Post a Comment